Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan
manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal
tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan
bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi

Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam
matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan
Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang
Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya
pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu
bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu
sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya
menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya.
Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya.
Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah.
Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa.
Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang
sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik
haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa
merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya
sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti
cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita
yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih
terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu
menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin.
Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama
terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah
terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta
yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu,
lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada
akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." -
Israiliyat, Allah kepada Isa a.s
- Artikel iluvislam.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan