ADIDAH ISLAMIYYAH-PERANANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
PENDAHULUAN
Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab
berbunyi "’AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi
istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana
pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan
aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara
zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara
makhluk dengan penciptaan.
Apakah pula kaitannya dengan masyarakat. Secara umumnya
masyarakat adalah satu kumpulan manusia yang mempunyai tatacara, prinsip,
kecenderungan, keistemewaan dan adat yang tersendiri. Sebuah masyarakat yang
lahir hasil dari pegangan mereka yang mantap terhadap aqidah keimanan itulah
sebenarnya masyarakat yang diredahi oleh Allah. Masyarakat itulah dinamakan
"Masyarakat Islam".
CIRI-CIRI MASYARAKAT ISLAM
Sebuah masyarakat Islam ialah masyarakat yang merncerminkan
cara-cara dan amalan hidup mereka selari dengan pengertian aqidah yang sebenar.
Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh)
lagi terperinci untuk membina masyarakt tersebut. Cara hidup demikian tidak
mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sistem hidup yang ditegakkan di
atas dasar-dasa lain daripada dasar ini bukanlah merupakan masyarakat Islam
yang sebenar. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat)
hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan
dia...." (Surah Yusuf : 40)
Masyarakat Islam mempunyai satu sifat yang tersendiri.
Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada
Allah S.W.T. sahaja. Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran
yang bermaksud:
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku
diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal
pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)."
(Surah Al-An'Am:162-163)
Masyarakat Islam adalah masyarakat yang tidak bernaung di
bawah sistem buatan manusia seperti Kapiatalisme, Librelisme, Pragmatisme dan
sebagainya. Mereka yang mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak
membulatkan pengabdian diri mereka kepada Allah S.W.T. di dalam sistem hidup
mereka.
Dalam Al-Quran juga Allah S.W.T. telah mengecam orang-orang
Yahudi dan Kristian kerana perbuatan syirik. Ini adalah kerana mereka telah
mematuhi padri-padri dan rahib-rahib mereka di samping Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W. apabila ditanya oleh seorang sahabat
tentang taktik dan cara mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian) menyembah
rahib-rahib mereka menjelaskan bahawa rahib-rahib dan padri-oadri mereka telah
mengubah isi kandungan kitab yang diturunkan kepada mereka melalui utusan Allah
S.W.T. Mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, maka
penyelewengan ini telah dipatuhi oleh penganut-penganut agama mereka. Oleh
sebab itulah mereka dianggap telah menyembah padri-padri mereka dengan kerelaan
dan kesetiaan mereka menerima penyelewengan tersebut.
PERANAN AQIDAH
Aqidah yang salimah dan shahihah memainkan peranan penting
dalam pembentukan masyarakat Islam hari ini. Tanpa aqidah yang suci, masyarakat
Islam tidak akan wujud. Aqidah juga menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak
dipengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh mencermarkan kesucian aqidah dalam
masyarakat hari ini.Akibatnya berlakulah berbagai-bagai pencerobohan terhadap
hak asasi manusia jenayah, pembunuhan, kafir mengkafir dan sebagainya yang
hanya akan meruntuhkan masyarakat Islam. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat
Islam, yang harmoni dan bebas dan bebas daripada unsur-unsur jahiliah maka kita
perlu memahami dan mengkaji aqidah tauhid yang sebenarnya. Aqidah tauhid yang
dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi
teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa,
bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara, pentadbir
semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari,
Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah
Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan
Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya
dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah
al-An-Am:102)
Kalimah syahadah mempunayi perngertian yang luas dan
mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak
Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke
arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk
menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup
umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.
Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa
pengakuan dan persaksian insaniah cuma berertisekiranya ianya dilafaskan dengan
kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang
bermaksud:"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad),
mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya
Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya
ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka
adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)
Persaksian yang diakui di dalam rangkaian kalimah syahadah
menjadi pembeza di antara Muslim dan kafir. Sebab itulah betapa pentingnya
setiap orang Islam memahami benar-benar pengertian dan implikasi dari kalimah
syahadah ini.
AQIDAH ASAS KEMANTAPAN UMMAH
Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu
diusahakan ke atas pemantapan keimanan yang berlandaskankepada aqidah yang
benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan ghairah untuk mempelajari agama
dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana tegaknya agama itu adalah
berasaskan kepada aqidah. Apabila mantapnya aqidah maka mantap pulalah keimanan
seseorang. Ilmu tentang aqidah akan memperbetulkan kedudukan iman dan iman itu
pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usah ayang semaksima mungkin, agar
mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam setiap inci
kehidupan.
Untuk itu, agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai
seorang muslim, mestilah:-
bullet
Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat
ini tanpa bantuan dari luar.
bullet
Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul
untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang
matlamat kewujudan mereka di dunia.
bullet
Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di
dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
bullet
Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi
mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang
kafir.
bullet
Mengimano dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang
adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.
bullet
Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata,
iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
bullet
Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya
yang tiada terhingga.
bullet
Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala
perbuatan yang lampau.
Oleh sebab itu, manusia tidak mungkin mencapai darjat
kesempurnaan dan kemantapan menjadi insan selagi mereka sendiri yang menentukan
peraturan, ideologi dan halan hidup sendiri.
Sebaliknya pembangunan, kemajuan dan ilmu yang berlandaskan
kepada aqidah sebenarlah yang menjadi tuntutan Islam, kerana ianya akan membawa
manusia lebih dekat kepada Allah s.w.t.
Tabiat mengenepikan aqidah@hanya menjadikan bahan sampingan dalam hidup menyebabkan manusia gagal
mengenal pasti semua perkara yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan
kepada mereka. kerana mereka di selamatkan dengan panduan dan suluhan aqidah.
Hasil daripada aqidah yang mantap inilah, betapa kemantapan
iman Nabi Ibrahim a.s. sehingga menolak bulat-bulat tawaran yang dikemukakan
oleh Raja Namrud, kerana Raja Namrud menolak aqidah Islamnya.
Begitu juga halnya dengan tindakan tegas Nabi Yunus a.s.
ketika mana ditawarkan untuk menjadi ketua perbendaharaan negara, Mesir dengan
katanya yang bermaksud:-
"(Aku bukan sahaja dapat menerangkan tadbir mimpi kamu
itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada
kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu
kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang
demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku.
Dengan sebab itu aku meninggikan agama kaum yang tidak beriman kepada Allah
serta tidak pula percayakan hari akhirat. Dan aku menurut agama bapa dan datuk
nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita
mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mantauhid - mengesakan Allah ialah
hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi
kebanyakan manusia tidak bersyukur." (Surah Yusuf : 37-38)
Seterusnya Rasulullah s.a.w. dengan tegas menolak jawatan,
kedudukan dan harta benda daripada kaum Quraisy, kerana apa yang ditawarkan itu
tidak dibina daripada asas aqidah.
Marilah sama-sama kita jadikan aqidah yang benar sebagai
landasan perjalanan hidup kita. Kerana sesungguhnya kemantapan aqidah serta
keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya akan membentuk ummah dari segi lain dengan
mantap juga.
(Catatan: Artikel ini bukan karya sendiri, tetapi petikan
daripada Internet, semoga pengarangnya diberi ganjaran oleh Allah)
Aqidah Islamiyyah..
"Dan barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-Nya,
mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat Allah,
yaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang
shaleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya" (QS. An-Nisa':69)
Pendahuluan
Nilai suatu ilmu itu ditentukan oleh kandungan ilmu
tersebut. Semakin besar dan bermanfaat nilainya semakin penting untuk
dipelajarinya. Ilmu yang paling penting adalah ilmu yang mengenalkan kita
kepada Allah SWT, Sang Pencipta. Sehingga orang yang tidak kenal Allah SWT
disebut kafir meskipun dia Profesor Doktor, pada hakekatnya dia bodoh. Adakah
yang lebih bodoh daripada orang yang tidak mengenal yang menciptakannya?
Allah menciptakan manusia dengan seindah-indahnya dan
selengkap-lengkapnya dibanding dengan makhluk / ciptaan lainnya. Kemudian Allah
bimbing mereka dengan mengutus para Rasul-Nya (Menurut hadits yang disampaikan
Abu Dzar bahwa jumlah para Nabi sebanyak 124.000 semuanya menyerukan kepada
Tauhid (dikeluarkan oleh Al-Bukhari di At-Tarikhul Kabir 5/447 dan Ahmad di
Al-Musnad 5/178-179). Sementara dari jalan sahabat Abu Umamah disebutkan bahwa
jumlah para Rasul 313 (dikeluarkan oleh Ibnu Hibban di Al-Maurid 2085 dan
Thabrani di Al-Mu'jamul Kabir 8/139)) agar mereka berjalan sesuai dengan
kehendak Sang Pencipta melalui wahyu yang dibawa oleh Sang Rasul. Namun ada
yang menerima disebut mu'min ada pula yang menolaknya disebut kafir serta ada
yang ragu-ragu disebut Munafik yang merupakan bagian dari kekafiran. Begitu
pentingnya Aqidah ini sehingga Nabi Muhammad, penutup para Nabi dan Rasul
membimbing ummatnya selama 13 tahun ketika berada di Mekkah pada bagian ini,
karena aqidah adalah landasan semua tindakan. Dia dalam tubuh manusia seperti
kepalanya. Maka apabila suatu ummat sudah rusak, bagian yang harus
direhabilitisi adalah kepalanya lebih dahulu. Disinilah pentingnya aqidah ini.
Apalagi ini menyangkut kebahagiaan dan keberhasilan dunia dan akherat. Dialah
kunci menuju surga.
Aqidah secara bahasa bererti sesuatu yang mengikat. Pada
keyakinan manusia adalah suatu keyakinan yang mengikat hatinya dari segala
keraguan. Aqidah menurut terminologi syara' (agama) yaitu keimanan kepada
Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Para Rasul, Hari Akhirat, dan keimanan
kepada takdir Allah baik dan buruknya. Ini disebut Rukun Iman.
POKOK ISLAM..(surah Ibrahim ayat;24)

Perkembangan Aqidah…
Pada masa Rasulullah SAW, aqidah bukan merupakan disiplin
ilmu tersendiri karena masalahnya sangat jelas dan tidak terjadi
perbezaan-perbezaan fahamzn, kalaupun terjadi terus diterangkan oleh beliau.
Makanya kita dapatkan keterangan para sahabat yang artinya berbunyi :
"Kita diberikan keimanan sebelum Al-Qur'an"
Nah, pada masa pemerintahan khalifah Ali bin Abi Thalib
timbul pemahaman -pemahaman baru seperti kelompok Khawarij yang mengkafirkan
Ali dan Muawiyah karena melakukan tahkim melalui utusan masing-masing yaitu Abu
Musa Al-Asy'ari dan Amru bin Ash. Timbul pula kelompok Syiah yang menuhankan
Ali bin Abi Thalib dan timbul pula kelompok dari Iraq yang menolak takdir
dipelopori oleh Ma'bad Al-Juhani (Riwayat ini dibawakan oleh Imam Muslim, lihat
Syarh Shohih Muslim oleh Imam Nawawi, jilid 1 hal. 126) dan dibantah oleh Ibnu
Umar karena terjadinya penyimpangan-penyimpangan. Para ulama menulis
bantahan-bantahan dalam karya mereka. Terkadang aqidah juga digunakan dengan
istilah Tauhid, ushuluddin (pokok-pokok agama), As-Sunnah (jalan yang
dicontohkan Nabi Muhammad), Al-Fiqhul Akbar (fiqih terbesar), Ahlus Sunnah wal
Jamaah (mereka yang menetapi sunnah Nabi dan berjamaah) atau terkadang
menggunakan istilah ahlul hadits atau salaf yaitu mereka yang berpegang atas
jalan Rasulullah SAW dari generasi abad pertama sampai generasi abad ketiga
yang mendapat pujian dari Nabi SAW. Ringkasnya : Aqidah Islamiyah yang shahih
bisa disebut Tauhid, fiqih akbar, dan ushuluddin. Sedangkan manhaj (metode) dan
contohnya adalah ahlul hadits, ahlul sunnah dan salaf.
Bahaya Penyimpangan Pada Aqidah…
Penyimpangan pada aqidah yang dialami oleh seseorang
berakibat fatal dalam seluruh kehidupannya, bukan saja di dunia tetapi
berlanjut sebagai kesengsaraan yang tidak berkesudahan di akherat kelak. Dia
akan bejalan di dunia ini tanpa arah yang jelas dan penuh dengan keraguan dan menjadi
peribadi yang sakit personaliti. Biasanya penyimpangan itu disebabkan oleh
sejumlah faktor diantaranya :
1. Tidak menguasai pemahaman aqidah yang benar karena
kurangnya pengertian dan perhatian terhapanya. Kesannya dia berpaling dan tidak jarang
menyalahi bahkan menentang aqidah yang benar.
2. Fanatik kepada peninggalan adat dan keturunan@ajaran nenek moyang. Kerana itu
dia menolak aqidah yang benar. Seperti firman Allah SWT tentang ummat terdahulu
yang keberatan menerima aqidah yang dibawa oleh para Nabi dalam Surat
Al-Baqarah 170 yang artinya : "Dan apabila dikatakan kepada mereka,
"Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab:
"(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami." (Apabila mereka akan mengikuti juga),
walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak
mendapat petunjuk."
3. Taklid buta kepada perkataan tokoh-tokoh yang dihormati
tanpa melalui seleksi yang tepat sesuai dengan apa yang dibawa Al-Qur'an dan Sunnah.
Sehingga apabila tokoh yang diikut membabi buta itu sesat, maka dia pun ikut tersesat.
4. Berlebihan (ekstrim) dalam mencintai dan mengangkat para
wali dan orang sholeh yang sudah meninggal dunia, sehingga menempatkan mereka
setaraf dengan Allah, atau dapat berbuat seperti perbuatan Allah. Hal itu kerana mereka para wali ini telah dianggap sebagai perantaraan/arbiter antara dia dengan Allah.
Kuburan-kuburan mereka pula dijadikan tempat berdoa,meminta, bernadzar dan berbagai ibadah
yang selayaknya hanya ditujukan kepada Allah. Demikian itu pernah dilakukan
oleh kaumnya Nabi Nuh AS ketika mereka mengagungkan kuburan para sholihin.
Lihat Surah Nuh 23 yang artinya : "Dan jangan pula sekali-kali kamu
meninggalkan penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwa', Yaghuts, Ya'uq dan
Nasr."
5. Lengah dan acuh tak acuh dalam mengkaji ajaran agama Islam
disebabkan silau atau terpedaya terhadap peradaban Barat yang materialistik itu. Tak jarang
mengagungkan para pemikir dan ilmuwan Barat serta hasil teknologi yang telah
dicipta meraka sekaligus menerima tingkah laku dan kebudayaan hidup mereka yang jauh dengan prinsip yang diajarkan Islam.
6. Pendidikan di dalam rumah tangga, banyak yang tidak
berdasarkan ajaran Islam, sehingga anak tumbuh tanpa mengenal aqidah Islam. Pada
hal Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan yang artinya : "Setiap anak
terlahirkan berdasarkan fitrahnya, maka kedua orang tuanya yang
meyahudikannya, menashranikannya, atau memajusikannya" (HR: Bukhari).Jelaslah,bahawa orang tua yang bertangunggjawab menanankan aqidah dalm dri anak-anaknya.
Apabila anak terlepas dari bimbingan orang tua, maka anak
akan dipengaruhi oleh acara / program television yang menyimpang,pengaruh sekeliling yang tidak baik,
dan sebagainya sehingga timbullah pelbagai masalah yang lain seperti kes perzinaan dan pelbagai lagi gejala sosial.
7. Peranan pendidikan rasmi tidak memberikan porsi yang
cukup dalam pembinaan keagamaan seseorang. Bayangkan, apa yang bisa diperoleh
dari 2 jam seminggu dalam pelajaran agama, itupun dengan informasi yang kering.
Ditambah lagi media masa baik cetak ataupun elektronik banyak tidak mendidik
kearah aqidah bahkan mendistorsinya secara besar-besaran.
Tidak ada jalan lain untuk menghindar bahkan menyingkirkan
pengaruh negatif dari hal-hal yang disebut diatas adalah mendalami, memahami
dan mengaplikasikan Aqidah Islamiyah yang shahih agar hidup kita yang sekali
dapat berjalan sesuai kehendak Sang Khaliq demi kebahagiaan dunia dan akhirat
kita, Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisa' 69 yang artinya : "Dan
barangsiapa yang menta'ati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama
dengan orang-orang yang dianugerahi ni'mat Allah, yaitu: Nabi-nabi, para
shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang shaleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya."
Dan juga dalam Surah An-Nahl 97 yang ertinya :
"Barangsiapa yang mengerjakan amal shaleh baik laki-laki maupun perempuan,
dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala
yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."
Faedah Mempelajari Aqidah Islamiyah..!!
Karena Aqidah Islamiyah bersumber dari Allah yang mutlak,
maka kesempurnaannya tidak diragukan lagi. Berbeza dengan filsafat yang
merupakan karya atau ciptaan manusia, tentu banyak kelemahannya. Maka, seorang
mu'min itu harus yakin kebenaran Aqidah Islamiyah sebagai asa dari segala pola
laku dan tindakannya yang akan menjamin kebahagiannya dunia akhirat. Dan
merupakan keserasian antara ruh dan jasad, antara siang dan malam, antara bumi
dan langit dan antara ibadah dan adat serta antara dunia dan akherat. Faedah
yang akan diperoleh orang yang menguasai Aqidah Islamiyah adalah :
1. Membebaskan dirinya dari ubudiyah / penghambaan kepada
selain Allah, baik dalam bentuk kekuasaan, harta, pimpinan maupun lainnya.
2. Membentuk pribadi yang seimbang yaitu selalu kepada Allah
baik dalam keadaan suka ataupun duka.
3. Dia merasa aman dari berbagai macam rasa takut dan cemas seperti takut kepada kurang rezeki, terhadap jiwa, harta, keluarga, jin dan seluruh
manusia termasuk takut mati. Sehingga dia sepenuh hati tawakkal kepad Allah (outer
focus of control).
4. Aqidah memberikan kekuatan kepada jiwa , sekukuh gunung.
Dia hanya berharap kepada Allah dan redho terhadap segala ketentuan Allah.
5. Aqidah Islamiyah adalah asas persaudaraan / ukhuwah dan
persamaan dalam umat Islam. Tidak ada perbezaan antara miskin dan kaya, antara yang pandai dan bodoh, antara pemimpin,ahli korporat dan rakyat jelata, antara kulit putih dan hitam dan antara Arab dan
bukan, kecuali yang dikira adalah taqwanya disisi Allah SWT.
edited by:-Ms.pr0f muslimah-..
Share from blog Ustaz Storm at
Labels: Bahan Kuliah - Simpanan
========================================================================
-MANHAJ SALAF
AQIDAH SALAF…-
نَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَعُوْذُ
بِاللهِ ، وَنَسْتَعِيْنُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَسَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ
لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . قَالَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : يَا
اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تُمُوْتُنَّ اِلاَّ
وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ
مِّنْ نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَارِجَالاً كَثِيْرًاوَنِسَآءً
ا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ
عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوَا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا
قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ
يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.
Mengapakah
masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada aqidah, ibadah,
akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah,
budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik,
khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan
sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka ditimpa penghinaan,
penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan
di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan
menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi?
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu
dan tuli?
Memang tiada
daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang
paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang
Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla
tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak
menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:
اِنْ تَنْصُرُ اللهَ يَنْصُرُكُمْ وُيُثَبِّتْ
اَقْدَامَكُمْ.
“Jika kamu
menolong (agama) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan
kedudukanmu”.[1]
Allah
Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir janji maka salah satu dari janji Allah
untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah apabila para
hamba tersebut kembali kepada manhaj yang telah disediakan olehNya iaitu Manhaj
Rabbani yang lebih dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada manhaj
Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada golongan ulama yang benar-benar
ikhlas untuk mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah dan akhlak
sebagaimana yang telah ditunjukajar, dicontohkan dan diwariskan kepada generasi
sahabat oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu para ulama
perlu memahami pengertian, definisi dan maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh”
demi menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam agar berbahagia di
dunia dan di akhirat.
Tulisan ini
diusahakan untuk mengajak para pencinta kebenaran meninggalkan semua
penyimpangan agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan paling selamat
iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh dengan pemahaman dan pengamalan
yang sebenar.
"Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".[2]
Kalimah salaf atau salafi telah tercatit juga di dalam hadis-hadis dan athar-athar yang sahih, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَلاَ اَرَى اْلاَجَلَ اِلاَّ قَد اقْتَرَبَ ، فَاتَّقِيْ وَاصْبِرِيْ ، فَاِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفِ اَنَا لَكِ.
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Dan tidaklah ada yang sedang aku rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri (kewafatan) maka bertakwa dan bersabarlah (wahai Fatimah!), sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”.[3]
Dari hadis sahih di atas ini, adalah sangat mulia dan terhormat seseorang yang mengatakan: “Aku adalah seorang salafi”. Pengakuan seperti ini bukanlah suatu yang salah atau bid’ah. Kerana itulah pengakuan yang paling benar dan mulia yang keluarnya dari mulut Rasulullah yang tercinta. Itulah pengakuan Rasulullah yang seluruh umat Islam disuruh mensifati dan mencontohinya.
Tidak boleh merasa aib (malu atau kekurangan) menggelar dirinya sebagai seorang salafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.[4] Kerana Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri telah mengatakan dan mengakui: “Sebaik-baik atau semulia-mulia salaf adalah aku”.
Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengaku diri baginda sebagai seorang salafi yang terbaik, maka bagindalah sebagai contoh yang paling benar dan baik untuk diikuti oleh sekalian umatnya.
Oleh itu tidak boleh dipertikaikan hakikat dan kenyataan ini bahawa sesiapa sahaja yang kembali kepada manhaj Rabbani, manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, manhaj para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan orang-orang yang mengikut manhaj mereka maka dia dinamakan seorang salafi berdasarkan manhajnya bukan zaman atau marhalahnya.
Terdapat sebuah lagi sabda baginda yang menerangkan tentang kesalafan sahabat, baginda bersabda:
فَلَمَّا مَاتَتْ زَيْنَبُ اِبْنَةُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِلْحَقِيْ بِسَلَفِنَا الْخَيْرِ عُثْمَانِ بْنِ مَظْعُوْن.
“Maka setelah Zainab Binti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam meninggal, baginda bersabda: Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”.[5]
Dari sabda Rasulullah: (فانه نعم السلف انا لك) “Sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”. Dan sabdanya: الحقي بسلفنا الخير عثمان بن مظعون)) “Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”. Maka hadis-hadis ini sebagai dalil (hujjah) bahawa gelaran salafi bukan sahaja dikhususkan kepada para nabi dan para sahabat semata, malah sesiapa sahaja yang berittiba’ (mengikut manhaj) mereka sehingga ke Hari Kiamat juga dinamakan salafi. Atau setiap orang Islam yang mengikut pemahaman mereka dinamakan sebagai salafi.[6] Ini menjadi hujjah untuk membuktikan bahawa semua para Nabi, para Rasul dan para sahabat adalah para salaf kita. Ini dapat difahami juga dari pengertian dan definisi salaf dari para ulama kita yang telah menjelaskan:
“Salaf ialah orang-orang terdahulu, mereka terdiri dari para Nabi (dan juga para Rasul), para sahabat, tabi’in dan mereka yang berittiba’ kepada mereka-mereka khasnya para a’immah mujtahid yang empat”.[7]
Adapun salaf menurut syara ialah dikenali juga dengan sebutan Salaf as-Soleh, iaitu:
“Dimaksudkan salaf as-Soleh ialah mereka yang terdiri dari: Para sahabat (radiallahu ‘anhum), tabi’in dan sesiapa yang mengikuti mereka yang terdiri dari a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh ummah tentang keimaman mereka dalam agama, diagungkan pendapat mereka dalam agama, orang-orang Islam bertalaqi ilmu dengan kata-kata mereka, semua yang terdahulu atau yang sesudahnya dengan penuh reda dan menerima mereka. Seperti a’immah yang empat (Hambali, Syafie, Maliki dan Hanafi. Pent.), dua orang Sufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim an-Nakhii, al-Bukhari, Muslim dan semua ashabu as-sunnan selain yang telah dilontarkan kepadanya gelaran bid’ah atau masyhur dengan gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rafidah, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua golongan yang sesat. Dan mazhab Salaf ialah sesiapa sahaja yang berjalan di atasnya dan menasabkan i’tiqad (akidah)nya kepada mereka”.[8]
Melalui beberapa definisi, hujjah dari ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih di atas, jelaslah bahawa pengertian salaf ialah: Yang mula-mula, yang awal dan yang terdahulu (generasi pertama dari kalangan sahabat). Istilah ini dikuatkan lagi oleh firman Allah Ta’ala:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضَوْا عَنْهُ وَاَعَّـدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا اَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ.
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar".[9]
Salaf di ayat ini ialah: "Orang yang mula-mula atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang beriman dengannya.
“Janganlah kamu mencerca para
sahabat, seandainya salah seorang dari kamu berinfaq sebesar gunung Uhud,
tidaklah ia mencapai ganjarannya satu mud (ukuran gandum sebanyak dua telapak
tangan) makanan yang disedekahkan oleh salah seorang dari mereka dan bahkan
tidak pula mencapai setengah mudnya”.[2]
07- SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF-
10-MENGENALI MANHAJ SALAF-
كُلُّ النَّاسِ يُؤْخَذُ مِنْهُ وَيُؤْخَذُ عَلَيْهِ اِلاَّ صَاحِبُ هَذَا الْقُبْرِ
11- AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH-
12-ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH-
14-BAHAYANYA AHLI BID’AH!-
15-PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH-
Para sahabat, imam-imam tabi’in dan orang-orang yang
mengikut jejak mereka daripada ulama hadis, mereka semua sentiasa dalam
petunjuk iktiqad yang selamat lantaran mereka hanya menerima (mengambil) akidah
dari Rasulullah, itulah yang dikatakan سبيل المؤمنين
“Jalan atau manhajnya orang-orang Salaf yang paling beriman” sehingga Al-Auzaii
rahimahullah berkata:
-shared from ustaz rasul.blogspot-
- by fatinah raden-
========================================================================
-MANHAJ SALAF
AQIDAH SALAF…-
نَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَعُوْذُ
بِاللهِ ، وَنَسْتَعِيْنُهُ ، وَنَسْتَغْفِرُهُ ، مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَسَيِّئَاتِ
اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ
لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ
اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . قَالَ اللهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : يَا
اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تُمُوْتُنَّ اِلاَّ
وَاَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمُ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ
مِّنْ نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَارِجَالاً كَثِيْرًاوَنِسَآءً
ا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْ تَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلأَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ
عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوَا اتَّقُوْا اللهَ وَقُوْلُوْا
قَوْلاً سَدِيْدًا يُصْلِحْ لَكُمْ اَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَمَنْ
يُطِعِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيْمًا.
Mengapakah
masyarakat Islam di seluruh dunia kini dihinggapi penyakit pada aqidah, ibadah,
akhlak serta berbagai-bagai penyakit lain, sama ada disegi sosial, siasah,
budaya dan yang lainnya sehingga ada yang amat kronik? Masalah bid’ah, syirik,
khurafat, tahayul dan pelbagai krisis keyakinan juga sudah berpanjangan
sehingga tidak kurang seriusnya. Di samping itu mereka ditimpa penghinaan,
penindasan, penderitaan dan kerosakan sosiobudaya yang memalukan. Ke mana dan
di manakah para ulama sebagai golongan terhormat, bagaimana mereka berperanan
menangani semua persoalan berat ini dan mengapa mereka tidak berfungsi?
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan jika para ulama menjadi syaitan bisu
dan tuli?
Memang tiada
daya yang dapat memulihkan berbagai-bagai penyakit tersebut kecuali kuasa yang
paling agung iaitu kuasa Allah sebagai Rabbul ‘Alamin kerana Dia Yang
Mahapencipta, Mahapengatur dan Yang Mahaberkuasa. Namun Allah Azza wa-Jalla
tidak akan menolong sesiapapun dari hambaNya jika hamba tersebut tidak
menolongNya. Sebagaimana Allah berfirman:
اِنْ تَنْصُرُ اللهَ يَنْصُرُكُمْ وُيُثَبِّتْ
اَقْدَامَكُمْ.
“Jika kamu
menolong (agama) Allah, Allah akan menolong kamu dan meneguhkan
kedudukanmu”.[1]
Allah
Subhanahu wa-Ta’ala tidak akan mungkir janji maka salah satu dari janji Allah
untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada hambanya ialah apabila para
hamba tersebut kembali kepada manhaj yang telah disediakan olehNya iaitu Manhaj
Rabbani yang lebih dikenali sebagai Manhaj Salaf. Untuk kembali kepada manhaj
Salaf as-Soleh, hendaklah terlebih dahulu ada golongan ulama yang benar-benar
ikhlas untuk mentarbiyah dan mentasfiyah akidah, kemudian ibadah dan akhlak
sebagaimana yang telah ditunjukajar, dicontohkan dan diwariskan kepada generasi
sahabat oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Oleh itu para ulama
perlu memahami pengertian, definisi dan maksud sebenar “Manhaj Salaf as-Soleh”
demi menyelamatkan akidah, ibadah dan akhlak umat Islam agar berbahagia di
dunia dan di akhirat.
Tulisan ini
diusahakan untuk mengajak para pencinta kebenaran meninggalkan semua
penyimpangan agama untuk menuju ke jalan yang paling benar dan paling selamat
iaitu kembali ke manhaj (mazhab) Salaf as-Soleh dengan pemahaman dan pengamalan
yang sebenar.
-RASUL BIN DAHRI-
01 - PENGERTIAN SALAF MENURUT TERMINOLOGI
Adapun kalimah salaf menurut terminologi: Ia adalah sifat (sikap) yang
dikhususkan kepada para sahabat Nabi radiallahu ‘anhum dan sesiapa yang
mengikut jejak (mengikut manhaj) mereka dengan baik sehingga ke Hari Kiamat
atau yang berittiba’ dengan mereka.[1]Penjelasan atau definisi seperti ini termaktub dalam kitab-kitab turath
yang muktabar.
Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulin (asli) kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:
Kalimah salaf adalah kalimah Arab tulin (asli) kerana ia tercatit dalam al-Quran al-Karim. Sebagaimana firman Allah ‘Azza wa-Jalla:
فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلاً لِلاَخِرِيْنَ.
"Maka Kami jadikan mereka (orang-orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian".[2]
Kalimah salaf atau salafi telah tercatit juga di dalam hadis-hadis dan athar-athar yang sahih, sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَلاَ اَرَى اْلاَجَلَ اِلاَّ قَد اقْتَرَبَ ، فَاتَّقِيْ وَاصْبِرِيْ ، فَاِنَّهُ نِعْمَ السَّلَفِ اَنَا لَكِ.
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Dan tidaklah ada yang sedang aku rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri (kewafatan) maka bertakwa dan bersabarlah (wahai Fatimah!), sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”.[3]
Dari hadis sahih di atas ini, adalah sangat mulia dan terhormat seseorang yang mengatakan: “Aku adalah seorang salafi”. Pengakuan seperti ini bukanlah suatu yang salah atau bid’ah. Kerana itulah pengakuan yang paling benar dan mulia yang keluarnya dari mulut Rasulullah yang tercinta. Itulah pengakuan Rasulullah yang seluruh umat Islam disuruh mensifati dan mencontohinya.
Tidak boleh merasa aib (malu atau kekurangan) menggelar dirinya sebagai seorang salafi sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.[4] Kerana Rasululullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sendiri telah mengatakan dan mengakui: “Sebaik-baik atau semulia-mulia salaf adalah aku”.
Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengaku diri baginda sebagai seorang salafi yang terbaik, maka bagindalah sebagai contoh yang paling benar dan baik untuk diikuti oleh sekalian umatnya.
Oleh itu tidak boleh dipertikaikan hakikat dan kenyataan ini bahawa sesiapa sahaja yang kembali kepada manhaj Rabbani, manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, manhaj para sahabat, para tabi’in, tabi’ut at-tabi’in dan orang-orang yang mengikut manhaj mereka maka dia dinamakan seorang salafi berdasarkan manhajnya bukan zaman atau marhalahnya.
Terdapat sebuah lagi sabda baginda yang menerangkan tentang kesalafan sahabat, baginda bersabda:
فَلَمَّا مَاتَتْ زَيْنَبُ اِبْنَةُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِلْحَقِيْ بِسَلَفِنَا الْخَيْرِ عُثْمَانِ بْنِ مَظْعُوْن.
“Maka setelah Zainab Binti Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam meninggal, baginda bersabda: Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”.[5]
Dari sabda Rasulullah: (فانه نعم السلف انا لك) “Sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu”. Dan sabdanya: الحقي بسلفنا الخير عثمان بن مظعون)) “Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Uthman bin Madz’oun”. Maka hadis-hadis ini sebagai dalil (hujjah) bahawa gelaran salafi bukan sahaja dikhususkan kepada para nabi dan para sahabat semata, malah sesiapa sahaja yang berittiba’ (mengikut manhaj) mereka sehingga ke Hari Kiamat juga dinamakan salafi. Atau setiap orang Islam yang mengikut pemahaman mereka dinamakan sebagai salafi.[6] Ini menjadi hujjah untuk membuktikan bahawa semua para Nabi, para Rasul dan para sahabat adalah para salaf kita. Ini dapat difahami juga dari pengertian dan definisi salaf dari para ulama kita yang telah menjelaskan:
“Salaf ialah orang-orang terdahulu, mereka terdiri dari para Nabi (dan juga para Rasul), para sahabat, tabi’in dan mereka yang berittiba’ kepada mereka-mereka khasnya para a’immah mujtahid yang empat”.[7]
Adapun salaf menurut syara ialah dikenali juga dengan sebutan Salaf as-Soleh, iaitu:
“Dimaksudkan salaf as-Soleh ialah mereka yang terdiri dari: Para sahabat (radiallahu ‘anhum), tabi’in dan sesiapa yang mengikuti mereka yang terdiri dari a’immatul Islam yang adil, yang disepakati oleh ummah tentang keimaman mereka dalam agama, diagungkan pendapat mereka dalam agama, orang-orang Islam bertalaqi ilmu dengan kata-kata mereka, semua yang terdahulu atau yang sesudahnya dengan penuh reda dan menerima mereka. Seperti a’immah yang empat (Hambali, Syafie, Maliki dan Hanafi. Pent.), dua orang Sufiyan, Laith bin Sa’ad, Abdullah bin Mubarak, Ibrahim an-Nakhii, al-Bukhari, Muslim dan semua ashabu as-sunnan selain yang telah dilontarkan kepadanya gelaran bid’ah atau masyhur dengan gelaran yang tidak diredai seperti Khawarij, Rafidah, Mu’tazilah, Jabariyah dan semua golongan yang sesat. Dan mazhab Salaf ialah sesiapa sahaja yang berjalan di atasnya dan menasabkan i’tiqad (akidah)nya kepada mereka”.[8]
Melalui beberapa definisi, hujjah dari ayat al-Quran dan hadis-hadis sahih di atas, jelaslah bahawa pengertian salaf ialah: Yang mula-mula, yang awal dan yang terdahulu (generasi pertama dari kalangan sahabat). Istilah ini dikuatkan lagi oleh firman Allah Ta’ala:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْاهُمْ بِاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضَوْا عَنْهُ وَاَعَّـدَ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ تَحْتَهَا اْلاَنْهَارُ خَالِدِيْنَ فِيْهَا اَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمِ.
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar".[9]
Salaf di ayat ini ialah: "Orang yang mula-mula atau orang-orang awal-awal (terdahulu)” iaitu para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang beriman dengannya.
------------------------------------------------------------------------
02- PARA SAHABAT ADALAH PARA SALAF AS-SOLEH YANG UTAMA-
Sahabat: Definisi sahabat menurut ulama hadis ialah: Orang
yang bertemu Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, dia beriman dengannya
serta mati dalam keadaan Islam.[1]
Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai oleh
Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian
Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf tentang
kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali golongan Ahli Bid’ah. Allah telah
menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka
sangat meredai Allah dan Allah meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan
pengikut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang paling setia. Mereka paling
percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling
suci hatinya yang ada di dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman,
keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Allah telah berfirman menjelaskan keadaan para
sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:
للْفُقَرَآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذِيْنَ
أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا
وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.
“(Juga) bagi para fuqara yang
berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana)
mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan
RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.[2]
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ
“Kamu (para sahabat) sebaik-baik
umat dikeluarkan untuk manusia”.[3]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اِنَّ اللهَ اخْتَارَاَصْحَابِيْ عَلَى
الثَّقَليْنِ سِوَى النَّبِيِّنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ
“Sesungguhnya Allah telah memilih
(memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan
para rasul”.[4]
اَكْرمُوْا اَصْحَابِيْ ، فَاِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ
“Muliakanlah para sahabatku kerana
sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi
kamu”. [5]
Selain dijelaskan oleh Allah sebagai orang-orang mulia yang
benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah Azza wa-Jalla
sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah sebagaimana firmanNya:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ اَمَّةً وَسَطًا
“Dan demikianlah Kami menjadikan
kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”.[6]
يَا اَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللهُ
وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ
“Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi
Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu!”.[7]
Kata-kata sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
adalah hujjah yang wajib diamalkan (diterima pakai). Begitulah menurut qaul
Imam Malik, Syafie, Ahmad, kebanyakan ulama usul, ulama fikah Hanafiyah, Ibnu
Uqail, Al-Bagdadi, Ibnu Qaiyim juga memilihnya sebagai hujjah sebagaimana
terdapat dalam I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi dalam Al-Muwafaqat serta
IbnuTaimiyah.[8]
Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela Rasulullah
dengan jiwa dan raga mereka, memelihara sunnah baginda, menolong menyebar agama
dan mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari baginda, mengikut
(ittiba’) pada semua yang didatangkan kepada mereka, menyampaikan dan menyalin
antara satu dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan disampaikan
kepada yang lain!. Rasulullah mengakui tentang kenyataan ini dengan bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ
اِلاَّ كَانَ لَهُ فِى اُمَّتِهِ حَوَّارِيُّوْنَ وَاَصْحَابُهُ يَاْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ
وَيَقْتَدُوْنَ بِاَمْرِهِ.
“Tiada seorang nabipun kecuali
dibangkitkan oleh Allah Azza wa-Jalla ada bersamanya umat yang menjadi
penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan
mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya”.[9]
Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu adalah
hujjah ialah firman Allah di dalam al-Quran, sunnah dan athar:
وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ
وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بَاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا
عَنْهُ
“Orang-orang yang mula-mula lagi
yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan ansar dan mereka
yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda
kepada Allah”.[10]
Imam Malik rahimahullah berhujjah dengan ayat ini dan
menerangkan:
“Sesungguhnya ayat ini mengandungi
pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak
menjadi a’immah, apa yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan, diambil
kata-katanya dan layak menerima sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang
mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi
mereka tidak menyalahi nas”.[11]
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ
تَاْمُرُوْنَ بَالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang
mungkar dan beriman kepada Allah”.[12]
Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu
adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus.
(Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang
diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan
ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat .[13] Berkata
as-Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan sunnah para sahabat
radiallahu ‘anhum. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan
kepada mereka[14] oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana mereka adalah para
salaf yang terbilang.
Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari ‘Umir
as-Sya’bi, beliau berkata:
مَاحَدثُوْكَ عَنْ اَصْحَابِ مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْهُ
“Tentang apa saja (berkaitan agama)
yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam,maka
ambillah dia”.[15]
Adapun dalil dari hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam:
خَيْرُ النَّاسِ الَّذِيْ اَنَا فِيْهِ
، ثَمَّ الثَّانِيْ ثُمَّ الثَّالِثِ
“Sebaik-baik kurun adala kurun yang
aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun tabi’in) dan kemudian
kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in).[16]
Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Pasti akan menjadi kenyataan bagi
sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah
disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik
kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga
perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun
sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut
at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai
jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf)
dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah.
Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini
tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama
Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas (nama) ilmu”.[17]
Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari
Rasulullah ialah athar dari para sahabat. Sufyan ath-Thauri berkata:
اِنَّمَاالدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بِالرَّاْيِ
اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بَالرَّاْيِ
“Sesungguhnya agama itu dengan
(mengikut) athar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan
(mengikut) athar bukan dengan pandangan (pendapat)”.[18]
Berkata al-Auzaii rahimahullah:
عَلَيْكَ بِآثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ
النَّاس ، وَاِيَّاكَ وَرَاْيُ الرِّجَال ، وَاِنْ زُخْرُفُوْهُ لَكَ بِالْقَوْلِ
“Hendaklah engkau kembali
(berpegang) kepada athar para salaf walaupun engkau disingkir oleh manusia.
Berjaga-jagalah engkau dari pendapat (buah fikiran) seseorang, sekalipun ia
merupakan kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”.[19]
Berkata Abdullah bin Daud rahimahullah:
لَيْسَ الدِّيْنَ بِالْكَلاَمِ ، اِنَّمَا
الدِّيْنُ بِاْلآثَارِ
“Bukanlah agama itu yang mengikut
perkataan seseorang tetapi agama itu ialah dengan berpegang (mengikut) kepada
athar”. [20]
Terlalu banyak hadis dan athar yang sahih memerintahkan agar
kita sentiasa berpegang atau kembali dengan athar-athar para sahabat yang sahih
kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah Azza
wa-jalla.
03- WAJIB BERITTIBA’
KEPADA MANHAJ SALAF-
Wajib berittiba’ kepada manhaj salaf terutamanya dari
kalangan para sahabat kerana mereka golongan yang sangat berwibawa. Terkenal
dengan kehebatan sahsiah, kebaikan budi-pekerti, kemuliaan akhlak dan Allah
menganugerahkan mereka dengan kesempurnaan iman yang tidak dapat ditandingi
oleh sekalian manusia.
Mereka telah berjaya memperjuangkan syariat, menghidupkan,
mempertahankan dan menjaganya dari dicabuli oleh bid’ah atau kerosakan hawa
nafsu. Mereka mengetahui sebab-sebab turunnya wahyu dan melaksanakan semua
dalil-dalil mengikut kenyataan. Ayat-ayat turun pada asalnya tertuju kepada
mereka sebelum ditujukan kepada orang-orang lain yang lahir kemudian sesudah
mereka. Mereka asas (untuk merujuk) kefasihan (kesahihan Bahasa Arab) dan
penjelasannya kerana wahyu turun menggunakan bahasa (lisan) mereka. Rasulullah
secara langsung terus menjelaskan segala masalah atau kemusykilan yang menimpa
mereka. Allah Azza wa-Jalla berkali-kali memuji di dalam firmanNya dan
merahmati mereka serta orang-orang yang berittiba’ (mengikut jalan) manhaj
mereka. Ditinggikan darjat sesiapa yang mengikut mereka lantaran ketinggian
darjat mereka[1]. Dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ
اللهَ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ
تَسُبُّوْا اَصْحَابِيْ ، فَلَوْ اَنَّ اَحَدكُمْ اَنْفَقَ مِثْلَ اُحُدٍ ذَهَبًا مَا
بَلَغَ مُدَّ اَحَدِهِمْ وَلاَ نَصِيْفَهُ.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, manhaj bermakna “Jalan”
atau صراط maka jalan yang wajib diikuti oleh setiap orang beriman ialah
yang telah ditunjuk dan disediakan oleh Allah dan RasulNya agar kita tidak
tergelincir dari mengikutinya. Itulah yang diperintahkan oleh al-Quran dan
as-Sunnah:
وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا
فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ
وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
“Dan sesungguhnya inilah jalan Ku
yang lurus maka ikutilah dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang
lain) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalannya”.[3]
Maksud “Jalan Ku yang lurus” ialah: “Al-Quran, Islam dan
fitrah yang Allah fitrahkan kepada manusia”. Dan maksud: “Janganlah kamu
mengikuti jalan-jalan (yang lain)” ialah: “Hawa nafsu, perpecahan, bid’ah dan
setiap yang baru yang diada-adakan”. Mujahid pula menafsirkan sebagai: “Bid’ah,
syubahat-syubahat dan segala kesesatan”.[4] Di dalam sebuah hadis, setelah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membacakan ayat tersebut lalu baginda
membuat garisan:
وَهُوَ يَمُرُّ بَاَصْبَعِهِ عَلَى الْخَطِّ
الْمُسْتَقِيْمِ هَذَا صِرَاطُ اللهِ ثُمَّ اَشَارَ اِلَى الْخُطُوْطِ الْقَصِيْرَةِ
مِنْ حَوْلِهِ فَقَالَ : هَذِهِ طُرُقٌ وَعَلَى رَاْسِ كُلِّ طَرِيْقٍ مِنْهَاشَيْطَانٌ
يَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ.
“Baginda membuat satu garis lurus
dengan tangannya lalu baginda bersabda: Ini jalan Allah, kemudian menunjukkan
ke beberapa garisan pendek di sekitar garisan tersebut maka baginda bersabda:
Inilah jalan-jalan yang di setiap atas jalan tersebut terdapat syaitan yang
mengajak manusia kepadanya (kepada syaitan)”.
Adapun garisan lurus yang digariskan oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah jalan yang ditafsirkan oleh baginda sebagai:
هِيَ مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Itulah (jalan) yang aku dan para
sahabatku berada di atasnya (atau dimaksudkan juga: itulah jalanku dan jalan
para sahabatku)”.[5]
مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا اَنَا عَلَيْهِ
الْيَوْم وَاَصْحَابِيْ
“Sesiapa yang di atas contoh
mengikut apa yang aku berada pada hari ini berserta para sahabatku”.[6]
Maka garisan yang digaris oleh Rasulullah itulah jalan yang
dilalui oleh baginda dan para sahabat yang dinamakan sebagai “Manhaj Salaf”.
Sesiapapun tidak akan keluar dari jalan tersebut kecuali orang-orang yang
menentang Allah dan RasulNya. Allah berfirman:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ
مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ
مَا تَوَلَّ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَشَآءَ تْ مِصِيْرًا.
“Dan barangsiapa yang menentang
Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan
orang-orang beriman, Kami biarkan dia berleluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan jahanam itu
seburuk-buruk tempat kembali”.[7]
Pastinya jalan orang-orang yang beriman yang dimaksudkan
oleh ayat di atas ini ialah jalan Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang
yang mengikut jalan mereka. Malah penjelasan ini dikuatkan lagi dengan sabda
baginda:
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا
مَا اِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِيْ ، وَلَنْ يَتَفَرَّقَا
حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضِ.
“Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan disesatkan iaitu
Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah RasulNya (hadis-hadis sahih) sampai keduanya
datang kepadaku di Huudh”.[8]
Orang-orang yang mengikuti jalan atau berpegang teguh dengan
apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah, mereka tidak akan sesat ke jalan
yang menuju neraka iaitu jalan-jalan yang melencung ke sebelah kanan atau kiri.
Kerana di atas setiap jalan-jalan yang bukan jalannya Rasulullah dan para
sahabat, terdapat syaitan yang mengajak ke neraka. Maka jalan yang selamat itu
hanyalah satu iaitu jalan Rasulullah yang dinamakan sebagai manhaj Salaf
as-Soleh.
Berkata Abu Hanifah rahimahullah:
عَلَيْكَ بِالأَثَارِ ، وَطَرِيْقَةِ السَّلَفِ
، وَاِيَّاكَ وَكَلُّ مَحْدَثَة ، فَاِنَّهَا بِدْعَةٌ.
“Hendaklah kamu berpegang dengan
athar dan jalan salaf. Berjaga-jagalah kamu dari setiap yang diada-adakan
kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah”.[9]
Para Salaf as-Soleh yang terdiri dari para tabi’in, tabi’ut
at-tabi’in serta para aimmatul huda (imam-imam salaf), semua mereka mengikut
manhaj Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan jalan para sahabat.
Mereka tidak merubah dan menggantinya dengan yang lain. Oleh kerana mereka
mempertahankan manhaj ini, maka sunnah dan athar para sahabat masih terjaga
sehingga sekarang. Sewajarnya kita mengikut jejak mereka untuk memelihara
sunnah dari dicemari dan dicabuli oleh Ahli Bid’ah atau Ahli Ahwa.
Sesungguhnya jumhur Salaf as-Soleh membenci bid’ah, mereka
lari dari semua pembuat bid’ah (Ahli Bid’ah) kerana semata-mata untuk
memelihara yang asal iaitu berittiba’ kepada sunnah.[10]
04- JALAN ATAU MANHAJ YANG DIBENARKAN OLEH SYARA
Sesungguhnya hanya ada satu jalan sahaja yang dibenarkan
oleh syara iaitu jalan yang dimaksudkan berupa manhaj sebagaimana yang tertera
dalam ayat yang lalu iaitu manhaj yang telah dilalui dan ditunjukkan oleh
Rasulullah kepada para Salaf as-Soleh yang disebut di dalam ayat sebagai: (سبيل المؤمنين) “Jalan orang-orang yang beriman”.[1]
Dengan jaminan Allah dan RasulNya, bahawa para salaf adalah
manusia yang paling sempurna sehingga diredai, dicintai dan telah ditentukan
sebagai penghuni syurga, mengapa kita tidak mahu mengikut manhaj mereka yang
selamat yang disebut oleh Rasulullah sebagai manhaj Salaf as-Soleh?
Berittiba’ atau mengikut jalan-jalan selain jalannya orang
beriman (selain manhaj para Salaf as-Soleh) maka semua jalan-jalan tersebut
akan menjauhkannya manusia dari manhaj Rasulullah. Akibatnya ia akan mengikut
jalan yang syubhat, hawa nafsu, perpecahan dan jalan-jalan yang di atasnya ada
syaitan yang mengajak kepadanya. Sedangkan perbuatan seperti itu telah
diharamkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ
بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ.
“Dan janganlah kamu mengikuti
jalan-jalan (syubhat) maka nescaya ia akan memecah-belahkan kamu dari jalan
Allah”.[2]
Berhati-hatilah dari mengikut ucapan orang-orang yang tidak
mengikut manhaj Salaf as-Soleh walaupun menggelar dirinya sebagai Ahli Sunnah
wal-Jamaah kerana mereka gemar mengatakan dan beranggapan baiknya bid’ah
(dianggap bid’ah hasanah) dalam agama atau membahagi-bahagikan bid’ah kepada
beberapa bahagian. Mereka cuba mencantikkan bid’ah dengan hiasan kata-kata yang
disusun indah dan mempersonakan. Mereka sebenar adalah musuh Allah, musuh nabi
dan musuh orang-orang beriman. Allah berfirman:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا
شَيَاطِيْنَ اْلاِنْسِ وَالْجِنِّ يُوْحَى بَعْضُهُمْ اِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ
غُرُوْرًا.
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi
tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan jin,
sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan
yang indah-indah untuk menipu”.[3]
Sesungguhnya mereka telah dimisalkan dengan firman Allah dan
perkataan RasulNya:[4]
كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ اَسْفَارَا
بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ
“Seperti keldai yang membawa
kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum tersebut”.[5]
------------------------------------------------------------------------------------------
05- JALAN-JALAN YANG SYUBAHAT-
Orang-orang yang mengikuti jalan syubhat, mereka telah
menyimpang dari jalan Allah. Tidak secara langsung telah meninggalkan jalan
kebenaran atau hidayah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah, malah telah
terkeluar dari manhaj Salaf. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah
yang dikenali sebagai jalan (manhaj) Salaf maka orang seperti ini telah
menentang baginda. Perbuatan seperti ini telah diberi peringatan oleh Allah
Ta’ala:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ
مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ
مَاتَوَلَّىوَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا
“Dan orang-orang yang menentang
Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan
orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah
dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu
seburuk-buruk tempat kembali”.[1]
Menentang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah
dengan mengikut jalan selain jalan (manhaj) orang-orang beriman. Ia termasuk
amalan bid’ah dan perkara yang diada-adakan. Ia jalan yang tidak pernah diizinkan
oleh Allah, RasulNya dan agamaNya. Dan ia tidak ada kenamengena dengan agama
Allah.[2]
Maksud: “Jalan orang-orang yang beriman” adalah jalan
(manhaj) orang-orang yang utama, orang-orang yang digelar sebaik-baik ummah
yang berada di kurun yang terbaik. Mereka itulah yang dikenali sebagai Salaf
as-Soleh. Oleh itu diwajibkan mengikut manhaj Salaf (salafiyah) kerana mereka
adalah manusia yang paling utama. Mereka bertemu dan bersahabat dengan Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, hidup dizaman turunnya wahyu, mereka
sangat memahami dan menjiwai wahyu, mereka manusia yang paling tahu dan berilmu
tentang Islam sehingga keilmuan mereka mengatasi seluruh ilmu manusia. Mereka
anak murid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan mereka adalah manusia yang paling
kukuh imannya sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala:
آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ اِلَيْهِ
مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُوْنَ.
“Rasul telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman”.[3]
Dengan ini amat jelas bahawa salaf, salafi atau salafiyah
ialah:
“(Setiap orang yang beriman, pent.)
yang meniti di atas jalan (manhaj) generasi awal dan sesiapa yang mencontohi
mereka dalam mendapatkan ilmu, cara memahaminya dan cara naluri dakwahnya
kepada manhaj ini. Ia tidak terhenti pada batas tarikh tertentu, malah wajib
difahami bahawasanya ia (kekal berjalan) berterusan (tanpa henti-henti) melalui
dalil-dalil yang kekal disepanjang hayat”.[4]
Berkata Imam al-Barbahari rahimahullah:
“Terkeluarnya seseorang dari manhaj
Salaf as-Soleh pada mulanya bermain-main dengan bid’ah. Ingatlah, perbuatan
bid’ah bermula dari bid’ah-bid’ah yang kecil, kemudian ia berterusan sehingga
menjadi bid’ah yang besar! Begitulah setiap bid’ah yang telah berlaku dalam
umat ini, pada mulanya ia diawali dengan yang kecil, ia kelihatan seperti
kebenaran, maka dicantik-cantikkanya hal tersebut, yang terperangkap tidak
berdaya keluar darinya sehingga dibesar-besarkannya. Akhirnya menjadi agama
yang dianutinya”.[5]
-----------------------------------------------------------------------
06-KEMULIAAN PARA TABI’IN-
Tabi’in: Tabi’in (تابعين) berupa jama’. Mufradnya ialah tabi’i (تابعي) atau tabi’ (تابع). Menurut takrif dan kesepakatan Ulama Muslimin bahawa tabi’in
ialah: Mereka yang bertemu dan bersahabat (berdamping) dengan sahabat yang
lahir dan hidup dikurun yang mulia (قرن مفضلة) atau kurun yang terbaik (خير قرن).
Juga dikatakan tabi’in: Sesiapa yang bertemu dan
meriwayatkan hadis. Atau pernah meriwayatkan hadis yang datang dari sahabat
walaupun tidak pernah berdamping dengan mereka (para sahabat). Tetapi Abu Amru
ibnu as-Solah dan Imam an-Nawawi serta selain mereka berdua hanya menerima
pendapat yang pertama.[1] Ahli Sunnah wal-Jamaah diwajibkan berittiba’
(mengikuti) manhaj tabi’in kerana ia juga merupakan manhaj para sahabat
radiallahu ‘anhum (manhaj Salaf as-Soleh).
07- SEBUTAN SALAF DAN MANHAJ SALAF-
Kalimah salaf berkali-kali disebut oleh para ulama muktabar
sehingga tidak dapat dihitung dengan angka yang tepat lantaran terlalu sering
dan banyaknya disebut. Berittiba’ kepada Salaf as-Soleh adalah syiar Ahli
Sunnah wal-Jamaah dan sewajarnya mereka yang berittiba’ sentiasa bersabar
menempuh ujian dan cemuhan kerana mereka sedang mengikuti atau berjalan di atas
manhaj yang hak dan benar:
كَانَ مِنْ شِعَارِ اَهْلِ السُّنَّةِ اتِّبَاعُهُمْ
السَّلَفَ الصَالِح ، وَتَرْكُهُمْ كُلَّ مَا هُوَ مُبْتَدِعٌ وَمُحْدَثٌ.
“Antara syiar Ahli Sunnah ialah
mereka berittiba’ kepada Salaf as-Soleh, mereka meninggalkan apa saja yang
dianggap bid’ah dan yang direkacipta (ciptaan yang baru dalam persoalan yang
berkaitan dengan agama)”.[1]
Ini bermakna bahawa ciri-ciri Salafi ialah meninggalkan
bid’ah dan mempertahankan sunnah. Tabah dalam mengikuti sunnah dan
memeliharanya pada semua hal dan keadaan serta sentiasa komitmen berjalan
mengikut manhaj Salaf as-Soleh.
Berkata Imam Al-Auza’i rahimahullah:
اِصْبِرْ نَفْسَكَ عَلَى السُّنَّةِ ، وَقِفْ
حَيْثُ وَقَفَ الْقَوْمِ ، وَقُلْ بِمَا قَالُوْا ، وَكُفَّ عَمَّا كَفُّوْا عَنْهُ
، وَاسْلُكْ سَبِيْلَ سَلَفَكَ الصَّالِحِ ، فَاِنَّهُ يَسَعُكَ مَا وَسِعَهُمْ.
“Sabarkanlah jiwamu dalam mengikuti
sunnah, berhentilah (dari melakukan sesuatu perbuatan) sebagaimana para Salaf
berhenti (dari melakukannya). Berkatalah sesuai sebagaimana mereka katakan,
berhentilah dari sesuatu yang mereka telah menghentikannya. Berjalanlah
mengikut jalan (manhaj) salaf kamu yang soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi
kelapangan kepada kamu sebagaimana telah memberi kelapangan kepada mereka”.[2]
Penjelasan di atas menguatkan keyakinan bahawa salaf atau
salafiyah ialah: Jika dikaitkan dengan waktu, zaman atau marhalah tarikh ia
telah berlalu dengan kewafatan mereka. Tetapi jika dinasabkan kepada ilmu yang
mereka tinggalkan, fahaman, sikap atau kepada ikutan (berittiba’) kepada manhaj
mereka yang hak maka manhaj mereka akan berterusan sehingga ke Hari Kiamat.
Hakikat dan kenyataan ini dapat difahami dari hadis-hadis
yang lalu dan hadis-hadis yang seterusnya sebagaimana Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam menjelaskan:
لاَتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ
عَلَى الْحَقِّ ، لاَيَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَاْتِيَ اَمْرُ اللهِ وَهُمْ
كَذَالِكَ.
“Akan sentiasa ada satu golongan
(kelompok) dari umatku yang muncul terang-terangan di atas kebenaran, tidak
membahayakan orang-orang yang bermusuhan kepada mereka sehingga tiba urusan
Allah dan mereka dalam keadaan demikian”. [3]
لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ مَنْصُوْرِيْنَ
عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ وَلاَ مَنْ حَذَلَهُمْ.
“Akan terus ada sekelompok dari
umatku mendapat pertolongan atas yang hak. Tidak akan membahayakan mereka siapa
sahaja yang menentang mereka dan merendahkan mereka”.
Di hadis yang lain Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam menegaskan bahawa akan ada sehingga Hari Kiamat orang-orang
(orang-orang yang berpegang dengan manhaj salaf) yang menegakkan kebenaran (الحق), mempertahankan kebenaran dan berdiri (iltizam) di atas
kebenaran walaupun dihina, dicela, dikeji dan ditimpakan dengan berbagai-bagai
fitnah sebagaimana sabda baginda:
عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ
: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : لاَ يَزَالُ مِنْ
اُمَّتِيْ اُمَّةٌ قَائِمَةٌ بِاَمْرِ اللهِ ، لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ حَذَلَهُمْ ، وَلاَ
مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَاْتِيَ اَمْرُ اللهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ.
“Dari Muawiyah radiallahu ‘anhu
berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Akan
sentiasa ada dari umatku ummah yang berdiri tegak di atas perintah Allah, tidak
menjejaskan mereka orang-orang yang menghinakan mereka, juga orang yang menentang
mereka sehingga tiba urusan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian
(tidak berubah)”.[4]
Berkata Imam Bukhari rahimahullah:
“Mereka (yang dimaksudkan dalam
hadis ini) ialah Ahli Hadis”.
Ini dikuatkan lagi oleh Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah
yang menjelaskan:
“Jika yang dimaksudkan (oleh hadis
di atas) bukan Ahli Hadis maka aku tidak tahu siapa lagi mereka”.
Hadis-hadis di atas ini menggambarkan daya tahan para salaf
mempertahankan kebenaran, prinsip, keunggulan iman, ilmu dan keutamaan manhaj
mereka walaupun manusia dalam keadaan fasad, kerosakan, dipenuhi bid’ah,
khurafat, syirik dan menentang mereka yang mempertahan dan memperjuangkan
manhaj Salaf as-Soleh. Semuanya ini telah digambarkan oleh Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam hadis ghuraba’ (asing). Baginda bersabda:
عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ
قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَاَ اْلاِسْلاَمُ
غَرِيْبًا ، وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَا ، فَطُوْبَىللْغُرَبَاء ، قِيْلَ
: مَنْ هُمْ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : اَلَّذِيْنَ يَصْلُحُوْنَ اِذَا فَسَدَ النَّاسُ
. وَفَى لَفْظٍ آخَرَ : اَلنُّزَّاعُ مِنَ الْقَبَائِلِ . وَفَى لَفْظٍ آخَرُ : اُنَاسٌ
صَالِحُوْنَ قَلِيْلٌ فِى اُنَاسٍ سُوْءٍ كَثِيْرٍ ، مَنْ يَعْصِيْهِمْ اَكْثَرُ مِمَّنْ
يُطِيْعُهُمْ.
“Dari Ibnu Masoud radiallahu ‘anhu
berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Islam itu
bermula dengan aneh, akan berulang dalam keadaan aneh sebagaimana ia bermula.
Maka berjayalah orang-orang yang aneh. Baginda ditanya, siapakah mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Orang-orang yang membetulkan manusia apabila
manusia telah fasad (rosak).[5]
Dilafaz yang lain:
“Orang-orang yang memperbaiki
pertelingkahan golongan yang bertelagah. [6]
Dilafaz yang lain:
“Manusia-manusia yang soleh yang
sedikit, di tengah-tengah manusia-manusia yang keji yang banyak. Orang-orang
yang bermaksiat (menentang) lebih banyak dari yang mentaati mereka”.[7]
------------------------------------------------------------
08-BAGAIMANA AGAMA TERPELIHARA-
Agama Islam dan kesuciannya, keimanan dan keutuhannya,
pelaksanaan dan segala ilmu-ilmu syara hanya mampu dijaga, dipelihara dan
dipertahankan oleh golongan Ahli sunnah Wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf
as-Soleh. Kenyataan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam:
يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ ، مِنْ كُلِّ
خَلَفٍ عُدُوْلُهُ ، يَنْفُوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ
، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ.
“(Dihari-hari kemudian) akan
sentiasa dipelihara ilmu ini (agama Islam) oleh orang-orang yang adil. Mereka
memeliharanya dari dirosakkan oleh orang-orang yang ghalu/ghulu (melampau
terhadap agama/ahli bid’ah), memeliharanya dari pembohongan ahli-ahli batil dan
memeliharanya dari pentakwilan orang-orang jahil”.[1]
-
09-MANHAJ SALAF-
09-MANHAJ SALAF-
Para salafi (salafiyun) adalah orang yang mengikut manhaj
salaf (salafiyah) sebagimana yang telah dijelaskan. Manhaj salaf hanyalah
berpandukan kepada al-Quran, al-Hadis (as-Sunnah), athar dan mengikut
kesepakatan (ijmak) para ulama muktabar. Iaitu mengikut cara memahami
perkara-perkara tersebut menurut sebagaimana pemahaman para sahabat dan
mereka-mereka yang berpegang dengan manhaj para sahabat hinggalah ke Hari
Kiamat. Ciri mereka yang jelas ialah mereka sentiasa mentaati Allah dan
RasulNya dalam berittiba' kepada wahyu sebagaimana firman Allah:
وَاتَّبِعُوْا اَحْسَنَ مَا اُنْزِلَ اِلَيْكُمْ
مِنْ رَّبِّكُمْ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً وَاَنْتُمْ لاَتَشْعُرُوْنَ.
"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang
kamu tidak menyedarinya".[1]
Maksud (اَحْسَنَ مَا اُنْزِلَ): “Sebaik-baik apa yang telah diturunkan”
ialah “al-Quran”. Al-Quran hanya dipenuhi oleh perkara-perkara yang terbaik.[2]
Wajib mengikut manhaj para sahabat lantaran mereka “mengikut sebaik-baik apa
yang telah diturunkan” kepada mereka dan mereka adalah sebenar-benar Salaf
as-Soleh, manusia yang paling baik, mulia dan sempurna kerana berittiba’ kepada
al-Quran sebagaimana yang juga telah dijelaskan di surah Ali Imran 3:110.
Banyak dalil dan fatwa para ulama muktabar mewajibkan agar
bermanhaj salaf kerana ia landasan (صراط) yang dilalui oleh para sahabat, tabi’in
dan tabi’ut at-tabi’in. Firman Allah:
وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا
فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ
وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
"Bahawasanya ini adalah jalanKu yang lurus maka
ikutilah dia, jangan kamu mengikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu agar kamu bertakwa". [3]
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggariskan
untuk menggambarkan dan memperjelas maksud firman Allah di atas:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ:
خَطَّ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا خَطًّا ثُمَّ
قَالَ : هَذَا سَبِيْلُ اللهِ ، وَخَطَّ خُطُوْطًا عَنْ يَمِيْنِهِ وَعَنْ شِمَالِهِ
ثُمَّ قَالَ : هَذِهِ سُبُلٌ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْا اِلَيْهِ ، ثُمَّ تَلاَ
: وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ
فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ.
"Pada suatu ketika Rasulullah menggariskan kepada kami
suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah, kemudian menggariskan beberapa
garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah
jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan
tersebut. Kemudian membacakan ayat: Sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus maka
ikutilah jalan tersebut dan janganlah ikuti jalan-jalan kerana jalan-jalan
tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan
oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa".[4]
Berkata Mujahid rahimahullah: Subul سبل “Jalan-Jalan”
bermaksud: “Bid’ah-bid’ah dan Syubhat-syubahat”.[5]
Para Salaf as-Soleh meyakini bahawa:
لَيْسَ لَهُمْ مَتْبُوْعٌ يَتَعَصَّبُوْنَ
لَهُ اِلاَّ رَسُوْل اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
“Tidak ada bagi mereka ikutan
(ittiba’) yang diikuti dengan sungguh-sungguh kecuali (berittiba’) kepada
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.[6]
Segala hujjah dan definisi di atas ini menjelaskan bahawa
tidak boleh ta’sub, taqlid dan berittiba’ (taat, ikut, patuh dan berpegang
kuat) kecuali kepada wahyu yang telah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam.
-MANHAJ RABBANI-
Manhaj Salaf as-Soleh adalah manhaj Rabbani. Ini amat jelas
kerana para Salaf as-Soleh sentiasa merujuk dan berpegang kepada al-Quran dan
hadis-hadis sahih yang berupa wahyu dari Rabb pencipta sekalian alam. Antara
bukti yang jelas ialah para Salaf as-Soleh apabila berikhtilaf atau berselisih
agar tidak berpecah-belah maka mereka segera kembali kepada al-Quran dan
as-Sunnah. Amalan ini memenuhi tuntutan al-Quran sebagaimana yang dijelaskan
oleh Allah di dalam firmanNya:
وَمَاخْتَلَفْتُمْ فِيْهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ
اِلَى اللهِ
“Tentang sesuatu apapun kamu
berselisih maka putusannya (terserah) kepada Allah”.[1]
Setiap orang beriman yang sedar dan berilmu, ia akan
sentiasa meminta kepada Allah Ta’ala agar menjadi golongan salafi. Ini
dilakukan juga secara tidak langsung setiap kali bersolat kerana setiap insan
yang bersolat sentiasa berdoa (meminta) agar ditunjukki jalan yang hak, atau صراط المستقيم “jalan yang lurus” iaitu jalan, mazhab atau lebih dikenali
sebagai manhaj Salaf as-Soleh sebagaimana firman Allah:
اِهْدِنَاالصِّرَاطَ الْمُسْتَقَيْمَ صِرَاطَ
الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
“Tunjukkilah kami jalan yang lurus
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka”.[2]
Maksud: “Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat” ialah jalan (manhaj) para syuhada, siddiqin dan solehin yang terhindar
dari jalan-jalan yang disesatkan oleh syaitan. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
خَطَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ خَطًّا مُسْتَقِيْمًا ، وَخَطَّ خُطُوْطًا عَنِ الْيَمِيْنِ وَعَنِ الشِّمَالِ
ثُمَّ تَلاَ قَوْلَ اللهِ (وَاَنَّ هَذَا صَرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا) ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ
عَلَى الْخَطِّ اْلأَوْسَطِ الْمُسْتَقِيْمِ وَقَالَ : هَذَا سَبِيْلِ اللهِ ، وَهَذِهِ
سُبُلٌ عَلَى كُلِّ سَبِيْلٍ مِنْهَا شَيْطَانٌ يَدْعُوْ اِلَيْهِ.
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam menggaris garisan lurus dengan tangannya lalu menggaris garis-garis
di sebelah kanan dan kiri kemudian membaca ayat: (Inilah jalanKu yang lurus)[3]
kemudian meletakkan tangannya di atas jalan yang lurus dan bersabda: Inilah
jalan Allah. Dan yang ini adalah jalan-jalan, tiada satu jalanpun melainkan di
atasnya ada syaitan yang menyeru kepadanya”.[4]
Sedarkah kita bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
hanya menggariskan satu garisan yang diwajibkan kita mengikutinya. Itulah
satu-satunya jalan yang wajib kita titi sehingga tidak boleh menoleh ke kiri
atau ke kanan. Titian tersebut dijelaskan oleh para ulama tafsir sebagi jalan,
mazhab atau manhaj para sahabat yang menjadi salaf kita sekalian. Ingatlah,
pada ayat yang juga merangkumi hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di atas,
terdapat perintah Allah yang memerintahkan agar kita hanya mengikuti satu jalan
yang lurus iaitu masuk ke dalam golongan (manhaj) siddiqin kerana para salaf
terutamanya para sahabat keseluruhannya adalah golongan orang-orang yang
siddiqin! Allah memerintahkan di dalam firmanNya:
وَكُنُوْا مَعَ الصَادِقِيْنَ
'Dan hendaklah kamu berserta
(menjadi) orang-orang yang benar (siddiq)”.[5]
Yang termasuk dalam golongan syuhada, solehin dan siddiqin
ini terutamanya ialah para sahabat yang menjadi salaf kita dalam menempuh jalan
yang lurus. Dengan ini menurut Ibn Taimiyah, bermanhaj Salaf adalah wajib
kerana telah diwajibkan oleh Allah dan diisyaratkan juga oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam di dalam sabda baginda:
"Yang sepertiku (yang seperti manhaj baginda) dan para
sahabatku (manhaj para sahabat baginda)".
Ibn Taimiyah juga menjelaskan:
لاَ عَيْبَ عَلَى مَنْ اَظْهَرَ مَذْهَبَ
السَّلَفِ ، وَانْتَسَبَ اِلَيْهِ ، وَاعْتَزَى اِلَيْهِ ، بَلْ يَجِبُ قُبُوْل ذَلِكَ
مِنْهُ بِاْلاِتِّفَاقِ ، فَاِنَّ مَذْهَبَ السَّلَفِ لاَيَكُوْنُ اِلاَّحَقًّا
"Tidak akan menjadi aib (kekurangan) bagi seseorang
mengakui sebagai bermazhab (bermanhaj) salaf, menasabkan dirinya kepada salaf
dan berbangga dengan salaf. Malah wajib menerima mazhab (manhaj) salaf
sebagaimana yang telah disepakati. Sesungguhnya mahzab salaf tidak lain
hanyalah mazhab yang sebenarnya (manhaj yang hak)".[6]
Ibnu Hajar al-Qatari rahimahullah pula berkata:
فَالْمُرَادُ بِمَذْهَبِ السَّلَفِ : مَاكَانَ
عَلَيْهِ الصَّحَابَةُ الْكِرَامُ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِمْ ، وَالتَّابِعُوْنَ لَهُمْ
بِاِحْسَانٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ وَاَتْبَاعُهُمْ.
"Apa yang dimaksudkan sebagai mazhab (manhaj) salaf
ialah sebagaimana yang telah diikuti oleh para sahabat yang mulia, yang mana
mereka sekalian telah diredai oleh Allah. Begitu juga para tabi’in yang
mengikuti mereka dengan baik yang mengikuti mereka sekalian sehinggalah ke Hari
ad-Din".[7]
Mahmud Muhammad Khufaji telah menjelaskan tentang penentuan
manhaj Salaf as-Soleh dan siapa dia yang digelar salafi:
وَلَيْسَ هَذَا التَّحْدِيْد الزَّمَنِيْ
كَافِيًا فِى ذَلِكَ ، بَلْ لاَبُدَّ اَنْ يُضَافَ اِلَى هَذَا السَّبَق الزَّمَنِي
مُوَافَقَة الرَّاْي لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ ، نَصًّا وَروْحًا ، فَمَنْ خَالَفَ
رَاْيُهُ الْكِتَابَ وَالسُّنَّة فَلَيْسَ بِسَلَفِى ، وَاِنْ عَاشَ بَيْنَ اَظْهُرِ
الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْ التَّابِعِيْنَ.
"Bukanlah penentuan zaman sudah memadai dalam perkara
ini (menentukan seseorang itu salafi) tetapi di samping penentuan zaman (para
sahabat) yang berlalu zamannya maka perlulah ada kesepakatan pandangan mereka
dengan al-Kitab dan as-Sunnah jika tidak maka dia tidak boleh dinamakan salafi
sekalipun ia hidup di tengah-tengah para sahabat, tabi’in dan tabi’ut
at-tabi’in".[8]
Nasruddin al-Albani rahimahullah berkata:
“Manhaj Salaf adalah ajaran yang
suci dan bersih dari segala kesan tradisi (jahiliyah pent.) masa lalu dan
bersih dari peninggalan-peninggalan berbagai-bagai fahaman. Segala kesempurnaan
dan kesyumulannya berdasarkan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah”.[9]
-----------------------------------------------------------
10-MENGENALI MANHAJ SALAF-
Untuk mengenal manhaj Salaf as-Soleh secara mudah, ia dapat
diringkaskan kepada beberapa bahagian:
Pertama: Manhaj Salaf dikenali juga sebagai manhaj Ahli
Sunnah wal-Jamaah dan Salafiyah. Manhaj salaf hanya memberi penumpuan kepada
al-Quran dan as-Sunnah kerana tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan oleh
al-Kitab ini. Firman Allah:
مَا فَرَّطْنَا فِى الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ
“Tidaklah Kami lupa (tertinggal)
suatu apapun di dalam al-Kitab (al-Quran)”.[1]
Manhaj ini berbeza dengan aliran bid’ah seperti Tariqat
Sufi, Mu’tazilah, Ahli Kalam, Asy’ariyah dan yang seumpamanya. Salafi dan
salafiyah hanya mementingkan al-Quran, as-Sunnah serta athar para sahabat.
Golongan bid’ah pula mencampur-adukkan al-Quran dan as-Sunnah melalui
pertimbangan akal atau hawa nafsu. Jika terdapat dalil yang bertentangan dengan
akal, mereka menolak dalil tersebut untuk mempertahankan akal. Mereka digelar
‘Aklaniyun “Penyembah Atau Pemuja Akal” , Ahlu al-Ahwa “Penyembah Atau Pemuja Hawa
Nafsu dan Mubtadi’ “Ahli Bid’ah”.
Kedua: Manhaj Salaf as-Soleh hanya menggunakan
istilah-istilah dari syara(اَلشَّرْعِيَّةُ) apabila menjelaskan persoalan akidah dan syariat sama ada
untuk menerangkan atau membantah.
Ketiga: Manhaj Salaf tidak menggunakan pentakfiran
(menghukum kafir), tabdi’ (menghukum bid’ah), tadhlil (menghukum sesat) dan
tafsik (menghukum fasik) menangani persoalan akidah namun memberi ruang luas di
segi fikhiyah.
Keempat: Membentangkan persoalan akidah dengan uslub
(metode) dan bahasa yang mudah sehingga tidak ada perkara yang tersembunyi.
Kelima: Menyelesaikan setiap persoalan dengan contoh yang
sederhana, kalimah yang ringkas dan mudah yang dirujukkan kepada al-Quran dan
as-Sunnah.
Keenam: Mematuhi setiap nas al-Quran atau as-Sunnah, tidak
keluar dari makna al-Quran melalui Bangsa Arab. Hanya Bangsa Arab yang
benar-benar memahami bahasa mereka dan dalil-dalil qat’ie dari al-Quran dan
hadis yang semuanya berbahasa Arab tulin. Oleh kerana kefasihan dan tidak
terdapat kesalahan mereka berbahasa Arab maka tidak ditemui ilmu nahu, saraf,
balagah dan ilmu-ilmu alat dimasa mereka.
Ibn Taimiyah menekankan kepada setiap orang yang beriman
agar bermanhaj salaf dan mempertahankan manhaj Salaf. Beliau menjelaskan siapa
sebenarnya Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh:
اَنَّ اَهْلَ السُّنَّةِ هُمُ الَّذِيْنَ
الْمُتَمَسِّكُوْنَ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، وَمَا اتَّفَقَ عَلَيْهِ السَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ
وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بِاِحْسَانٍ
"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab
Allah dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan apa yang disepakati
oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf), terdiri dari kalangan Muhajirin
dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".[2]
Seterusnya beliau berkata:
فَمَنْ قَالَ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ
وَاْلاِجْمَاعِ كَانَ مِنْ اَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ
"Maka sesiapa yang berkata-kata berdasarkan al-Kitab,
as-Sunnah serta ijmak, ia adalah tergolong dalam golongan Ahli Sunnah
wal-Jamaah".[3]
Telah berkata Ibnu Abbas sebagaimana yang diucapkan juga
oleh Imam Malik dinukil dari Mujahid:
كُلُّ النَّاسِ يُؤْخَذُ مِنْهُ وَيُؤْخَذُ عَلَيْهِ اِلاَّ صَاحِبُ هَذَا الْقُبْرِ
“Setiap
manusia boleh diambil perkataannya dan boleh ditolak kecuali penghuni kubur ini
(seraya menunjukkan kubur Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam)”.[4]
11- AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH-
Pengistilahan atau laqab “Ahli Sunnah wal-Jamaah” bermula
pada akhir zaman sahabat. Ada yang menyatakan ia bermula apabila timbulnya
zaman fitnah terutama fitnah yang berlaku antara Ali dan Mu’awiyah radiallahu
‘anhuma. Dimana setelah munculnya golongan ahli bid’ah seperti Khawarij,
Rafidhah[1] atau Syiah,[2] Jahmiyah,[3] Qadariyah dan sebagainya, yang mana
mereka terkenal dengan bid’ah-bid’ahnya dan banyak perselisihannya dalam
persoalan hadis dan makna-makna al-Quran. Untuk membezakan antara golongan yang
sunnah dan bid’ah maka para ulama hadis menentukan siapa Ahli Sunnah dan siapa
Ahli Bid’ah agar mudah dan hanya diambil sanad atau matan sesebuah hadis dari
Ahli Sunnah wal-Jamaah sahaja.
Berkata Ibn Hazam rahimahullah:
“Ahli Sunnah yang kami nyatakan, mereka adalah Ahli Hak dan
selain mereka adalah Ahli Bid’ah. (Ahli Hak) adalah para sahabat radiallahu
‘anhum serta sesiapa yang mengikut jalan mereka, terutamanya para tabi’in
rahmatullah ‘alaihim. Kemudian Ashabul Hadis dan sesiapa yang mengikut mereka
dari kalangan fukaha (Ahli Fikah) dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya sehinggalah ke hari ini. Begitu juga sesiapa yang mencontohi mereka
dari kalangan orang-orang awam sama ada di timur atau di barat”.[4]
Imam Ahmad rahimahullah berkata:
اَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ : مَنْ
يَعْتَقِدُ مَذْهَب اَهْلَ الْحَدِيْثِ.
“Ahli Sunnah wal-Jamaah ialah:
Sesiapa sahaja yang berpegang dengan mazhab Ahli Hadis”.[5]
Imam al-Bukhari rahimahullah mengkhususkan Ahli Sunnah
Wal-Jamaah ialah Ahli Ilmu.[6]
Berkata pula Imam Ahmad rahimahullah:
اِنْ لَمْ يَكُوْنُوْا اَهْل الْحَدِيْثِ
فَلاَ اَدْرِيْ مَنْ هُمْ
“Jika sekiranya mereka (Ahli Sunnah
wal-Jamaah) bukan kalangan Ahli Hadis, aku tidak tahu siapa mereka?”.
Ada yang menyatakan bahawa mula munculnya istilah Ahli
Sunnah wal-Jamaah apabila lahir golongan ahli bid’ah. Dengan bersandar kepada
hadis-hadis dan athar maka bermula seruan agar bersatu dalam satu jamaah dengan
berpegang kepada sunnah, diperingat dari pertelingkahan dalam agama dan sama
sekali tidak melakukan bid’ah dalam agama.[7] Seruan ini diperkuat dengan sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
فَاِنَّهُ مِنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةِ شِبْرًا
فَمَاتَ اِلاَّ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً.
“Sesungguhnya sesiapa yang
meninggalkan jamaah kadar sejengkal maka ia mati, tidaklah kematiannya itu
kecuali ia mati secara jahiliyah”.[8]
Akhirnya julukan Ahli Sunnah wal-Jamaah diberikan kepada
sesiapa sahaja yang kembali kepada al-Quran, Sunnah dan ijmak ulama yang
dikenali kebenaran pegangan dan pendiriannya. Terutama mereka yang jelas
berpegang dengan akidah yang dinukil dari para Salaf as-Soleh rahimahumullah
yang diterima langsung dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dari
para sahabat radiallahu ‘anhum.[9] Kerana kita diperintah untuk mencontohi
athar mereka (para sahabat) dan berittiba’ kepada sunnah mereka.[10]
Namun gelaran ini diutamakan kepada sesiapa sahaja yang
berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh secara umum, yang sentiasa menentang
ahli bid’ah di manapun mereka berada, pada bila-bila masa dan ketika
sehinggalah keakhir zaman.
12-ISTILAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH-
Istilah “Ahli Sunnah wal-Jamaah” terdiri dari tiga kalimah
iaitu: Ahli, Sunnah dan Al-Jamaah.
“Ahli” mengikut bahasa bermaksud:
1. "Pakar, Yang Berilmu, Yang Ahli atau Yang
Pandai" sebagaimana firman Allah:
فَسْئَلُوْا اَهْلَ الذِّكْرِ اِنْ كُنْتُمْ
لاَ تَعْلَمُوْنَ.
"Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang
berilmu jika kamu tidak mengetahui".[1]
2. "Pengikut, Anggota Satu-Satu Fahaman Atau Kumpulan”,
sebagaimana firman Allah:
يَا اَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُوْنَ
بِاَيَاتِ اللهِ
"Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat
Allah padahal kamu mengetahui kebenarannya!". [2]
وَاْمُرْ اَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ
عَلَيْهَا
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat
dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya".[3]
Antara contoh yang lain ialah:
“Ahli Pertubuhan, Ahli Parlimen,
Ahli Mazhab, Ahli Sukan” dan sebagainya.
13-SUNNAH LAWANNYA BID'AH-
Pencinta bid'ah (مُبْتَدِعٌ) tidak dinamakan Ahli Sunnah kerana sunnah
berlawanan dengan bid’ah. Ahli Sunnah sentiasa menjauhi perbuatan bid'ah.
Syeikh Abdul Rahman As-Su'di berkata:
فَاَهْلُ السُّنَّةِ السَّالِمُوْنَ مِنَ
الْبِدْعَةِ الَّذِيْنَ تَمَسَّكُوْابِمَاكَانَ عَلَيْهِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَاَصْحَابه فِى اْلاُصُوْلِ كُلِّهَا
"Ahli Sunnah ialah mereka yang menyelamatkan diri
mereka dari bid'ah, mereka benar-benar bepegang dengan apa yang ada
(dicontohkan) pada Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan para sahabat dalam
keseluruhan perkara pokok".[1]
تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا لَنْ
تَضِلُّ بَعْدَهُ اِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ ، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ رَسُوْلِهِ
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi berpegang dengan keduanya iaitu
Kitab Allah dan sunnah RasulNya".[2]
Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, sunnah sentiasa
berlawanan dengan bid’ah dan memerangi ahli bid’ah adalah jihad:
اَنَّ الرَّادَ عَلَى اَهْلِ الْبِدَعِ
مُجَاهِد.
“Sesungguhnya menentang Ahli Bid’ah
adalah suatu jihad”.[3]
Berkata salah seorang dari imam Salaf Yahya bin Yahya
rahimahullah:
اَلذَّبُّ عَنِ السُّنَّةِ اَفْضَلُ مِنَ
الْجِهَادِ
“Membela (mempertahankan) sunnah
lebih mulia dari berjihad”.[4]
Menurut ahli ilmu, sunnah lawannya bid'ah dan jamaah
lawannya firqah (perpecahan). Lahirnya gelaran ahli Sunnah wal-Jamaah lantaran
munculnya ahli Ahwa[5]. Mereka dikenali sebagai ahli bid'ah (mubtadi’),
“Pembuat Bid’ah” . Penentangan ahli sunnah terhadap ahli bid'ah bermula sejak
kelahiran ahli bid'ah dan tidak pernah berkesudahan sehinggalah ke hari ini.
Ahli bid’ah adalah firqah yang berpecah. Hal ini telah dijelaskan oleh
Rasulullah:
اِنَّ اَهْلَ الْكِتَابِ اِفْتَرَقُوْا
فِى دِيْنِهِمْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةٍ وَاِنَّ هَذِهِ اْلاُمَّةِ سَتَفْتَرِقُ
عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةٍ كَلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ وَاحِدَة وَهِيَ
الْجَمَاعَة.
"Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka
kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya
ke neraka kecuali yang satu iaitu al-Jamaah.[6]
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرُو : وَتَفْتَرِقْ
اُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً ، كَلُّهَا فِى النَّارِ اِلاَّ مِلَّةً
وَاحِدَةً : مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ.
"Dari Abdullah bin 'Amr: Berpecah umatku kepada 73
perpecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu iaitu sesiapa yang
sepertiku dan para sahabatku".[7]
لاَيَسْتَقِم قَوْلٌ وَعَمَلٌ اِلاَّ بِمُوَافَقَتِهِ
السُّنَّةِ.
"Tidak akan lurus (betul) perkataan dan amalan kecuali
setelah perkataan dan amal tersebut menepati as-Sunnah".[8]
Adalah wajib mengikut manhaj Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dalam berakidah dan ibadah. Allah berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ
اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُوْا اللهَ وَالْيَوْمَ اْلاَخِرَ وَذَكَرَ اللهَ
كَثِيْرًا.
"Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri
teladan yang baik bagimu, bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan Hari
Kiamat dan dia banyak menyebut Allah".[9]
Maka sunnah hanyalah apa yang disunnah oleh Allah Azza
wa-Jalla dan yang disunnahkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Terimalah apa yang telah dikatakan oleh Umar Ibn al-Khattab radiallahu ‘anhu:
اَلسُّنَّةُ مَا سَنَّهُ اللهُ وَرَسُوْلُهُ
لاَ تَجْعَلُوْا حَظَّ الرَّاْي سُنَّة لِلأُمَّة
“Sunnah itu, apa saja yang disunnah
oleh Allah dan RasulNya, janganlah kamu menjadikan buah fikiran sebagai sunnah
untuk ummah”. [10]
14-BAHAYANYA AHLI BID’AH!-
Para ulama Salaf as-Soleh sentiasa menasihati dan
mengingatkan agar orang-orang yang beriman menjauhi Ahli bid’ah. Para a’immah
(imam-imam) Salaf as-Soleh seperti para sahabat terutamanya Abu Bakr, Umar,
Uthman, Ali, Ibnu Masoud, Abi Musa al-Asy’ari, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Aisyah,
Asma binti Abi Bakr dan selain mereka. Kemudian selepas mereka seperti Abul
‘Aliyah, Ibnu Sirin, Ibnu Musaiyib, ‘Ata, Mujahid, Hasan al-Basri, Umar bin
Abdulaziz, Auzaii, Ayub as-Sakhtiani, Thabin al-Banani, Ibnu ‘Aun, Ibrahim bin
Adham, Ibnul Mubarak, Malik, Abi Hanifah, Syafie, Az-Zuhri, As-Syabii dan
selain mereka. Diikuti juga oleh Imam Ibnu Taimiyah serta anak muridnya yang
semua mereka telah mengharamkan orang-orang beriman dari mempercayai Ahli
Bid’ah, memujinya, menyanjungnya dan diharamkan dari bermajlis dengan mereka
kerana ada sebuah athar yang mereka gigit dan pegang dengan kuat:
مَنْ جَلَسَ صَاحِبَ بِدْعَةٍ نُزِعَت مِنْهُ
الْعِصْمَة ، وَوُكِّلَ اِلَى نَفْسِهِ ، وَمَنْ مَشَى اِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ مَشَى
اِلَى هَدْمِ اْلاِسْلاَمِ.
“Barangsiapa yang bermajlis dengan
ahli bid’ah, tercabut dari dirinya keamanan dan diserahkan pada dirinya sendiri
dan barangsiapa yang berjalan menemani ahli bid’ah bererti berjalan untuk
menghancurkan Islam”.[1]
لَيْسَ فِى الدُّنْيَا مُبْتَدِعٌ اِلاَّ
وَهُوَ يَبْغَضُ اَهْلَ الْحَدِيْثِ ، فَاِذَا ابْتَدَعَ الرَّجُلُ نَزَعَ حَلاَوَةَ
الْحَدِيْثِ مِنْ قَلْبِهِ.
“Tiada di dunia seorang pelaku
bid’ah kecuali membenci Ahli Hadis maka apabila seorang lelaki melakukan bid’ah
(dengan membenci Ahli Hadis), dicabut kemanisan hadis dari hatinya”.[2]
15-PRINSIP DAKWAH PARA SALAF AS-SOLEH-
Sesungguhnya para Nabi dan para Rasul memulakan dan
menyebukkan diri mereka dengan mengajak manusia kepada tauhid. Menyeru mereka
untuk beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan semua jenis bid’ah dan
kesyirikan. Allah berfirman:
وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ
اِلاَّ نُوْحِيْ اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَاِلَهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِيْ.
“Dan Kami tidak mengutus seorang
rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tidak ada Tuhan
(yang hak) melainkan Aku maka sembahlah olehmu akan Aku”.[1]
Para Nabi dan para Rasul sentiasa menyebukkan diri mereka
untuk mengenalkan umat tentang nama-nama, sifat-sifat serta kekuasaan Allah.
Mereka berusaha supaya manusia menuju ke jalan tauhid yang sebenar iaitu hanya
menyembah Allah, supaya sekalian manusia tahu bahawa mereka dijadikan adalah
untuk beribadah hanya kepada Allah Azza wa-Jalla semata yang tidak boleh
disekutukan dengan makhlukNya. Allah berfirman:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ
لِيَعْبُدُوْنِ.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”.[2]
Seterusnya, matlamat dan tugas para Nabi dan Rasul ialah
memberi khabar gembira kepada sesiapa yang mengimani tauhid uluhiyah, tauhid
rububiyah dan tauhid asma’ wa-sifat. Hanya para Nabi dan Rasul yang paling
benar dalam menyampaikan khabar yang menakutkan kepada manusia iaitu berita
tentang azab api neraka yang amat pedih jika mereka mengingkari nama-nama,
sifat-sifat dan tidak mentauhidkan Allah Azza wa-Jalla. Para Nabi dan Rasul
membimbing (mentarbiyah) dan membersihkan akidah (mentasfiyah) dengan membawa
mereka untuk mengibadahi hanya Allah dan mentaati Rasulullah yang membawa
utusan dari Allah.
Sumber bertalaqi (mendapat ilmu) akidah yang benar bagi para
Ahli Sunnah wa-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh ialah: Al-Quran, As-Sunnah
dan Ijmak Salaf kerana hanya dari sini sahaja sumber pengambilan ilmu agama
Islam yang paling selamat.
Apabila mereka berikhtilaf, para Salaf akan memahamkan dan
menyelesaikannya dengan membawakan hujjah. Sama ada dalam hal-hal yang
berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak dan selainnya.
Bagi para Salaf as-Soleh, persoalan akidah dan ibadah adalah
persoalan tauqifiyah, tidak dibenarkan mengambilnya dari sumber yang bukan
wahyu, terutamanya akidah kerana akidah adalah persoalan wahyu yang tidak boleh
dicabuli oleh akal dan pendapat.
Sesiapa yang cuba menyelesaikan persoalan syara melalaui
jalan yang bukan dari wahyu maka ia telah melakukan pembohongan atau penipuan
kerana ia memperkatakan tentang Allah tanpa ilmu dariNya. Tambahan pula
terdapat sebuah hadis yang menjelaskan:
وَعَلَى الرَّسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَلاَغ ، وَعَلَيْنَا التَّسْلِيْمِ.
“Kewajipan Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam menyampaikan dan atas kita menerima”.[3]

عَلَيْكَ بَآثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ
النَّاس ، وَاِيَّاكَ وَرَاْيُ الرِّجَال وَاِنْ زُخْرُفُوْهُ لَكَ بِالْقَوْلِ.
“Hendaklah kamu mengikut athar Salaf
sekalipun engkau disingkir oleh manusia. Tinggalkanlah pendapat seseorang
sekalipun membawa kata-kata yang mempersonakan”.[4]
Hanya Allah pemberi hidayah. Dan semoga selawat dan salam
terlimpah ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam serta seluruh
keluarga dan sahabat baginda.
-shared from ustaz rasul.blogspot-
- by fatinah raden-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan