Sabtu, 3 November 2012

Mujahadahlah Melawan Hawa Nafsumu!


Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau?

Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.

Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?

Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.

Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

Kuasai Nafsu, Kuasai Dunia

"Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia," demikian kata cerdik pandai.

Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia.

Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah 'hamba' yang baik tetapi 'tuan' yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.

Firman Allah: "Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya." (Surah al-An'am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, "siapa kamu?"

Petani yang soleh itu menjawab, "aku seorang raja."

Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, "raja kerajaan mana?"

Petani menjawab, "raja untuk kerajaan diriku."

Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, "adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?"

Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.

Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu.

Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita.

Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia.

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf; cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya.

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:

"Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?"

Manusia Dan Mujahadah

Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.

Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:

1. Telah menyerah kalah.

Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: "Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jatsiyah: 23)

2. Sedang dan sentiasa berperang.

Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: "Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu."

3. Orang yang telah menang.

Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.

Erti Mujahadah dan Kepentingannya

Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah.

Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, "tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib."

Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah:

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya" (Surah al-Naziat: 40-41)

Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah.

Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya:

"Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa." Baginda juga bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.

Istilah "mujahadah" berasal daripada kata "al-jihad" iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.

Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."

Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.

Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja.

Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya."

Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).

Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.

Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.

Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).

Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.

Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.

Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).

Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

Langkah-Langkah Jalan Mujahadah

Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:

1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.

Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.

Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.

2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.

Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?

Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.

3. Mempraktikkan ilmu.

Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting.

Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.

Semua itu kerana mereka belum 'mahu', dan baru sekadar 'tahu'.

Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu 'tahu' tempat letakkannya di akal tetapi 'mahu' itu letaknya di hati.

4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran.

Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.

Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.

Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

"Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit."

"Alah bisa, tegal biasa," begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.

Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya.

Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.

Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.
Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan ummah.

Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.

Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.

Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).

Jangan menoleh ke belakang... tempuhlah jalan mujahadah.

Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.

Tidak ada jalan pintas!-i luv Islam-



Dakwah itu Seni,Dai'e itu Penyeri



Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, adakalanya pada satu saat kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, seharusnya tidak boleh merasai demikian kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan.

Sifat berputus asa wajar dijauhkan terutama ke atas dai'e atau pendakwah itu sendiri agar amanah menarik minat manusia ke jalan tuhan sentiasa teguh.

Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan "amal makruf, nahi mungkar" bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.

Ingatlah, buka natijah yang Allah tanyakan, tetapi Allah akan tanya adakah kita laksanakan atau tinggalkan. Justeru, sebagai seorang dai'ie perlulah mengatur beberapa strategi dalam dakwah kerana dakwah itu sendiri penuh dengan cabaran yang tersedia.
Bukankah matlamat dakwah itu mengajak dan menyeru manusia agar mengesakan Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?  Maka, sudah pastilah ada yang menentang, buat tidak endah dan tidak kurang juga ada yang cuba mensabotaj.

Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi
Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping pengabdian kepada Allah SWT.
Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.
Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula secara sembunyi, tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.
Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu tinggi, untuk pendaie' tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap, memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah perlu tujui.

Dakwah Itu Seni
Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.

Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain tertarik dengan islam.
Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu benar-benar indah dan suci.


Da'ie Itu 'Penyeri'
Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai'e. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di bawah panji "La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah". Oleh itu,
seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.

Tanpa da'ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai'e itu umpama 'penyeri' di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.

Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.

Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub (cara) dakwah yang betul, dan waqi' (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam  memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya.

Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad'u iaitu orang yang di dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza.  Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan reaksi yang akan diterima oleh seorang da'ie. Telah berkata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, "kita adalah pendakwah bukan penghukum!"
Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.


Siapa Pendakwah?
Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama. Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.

Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi
"Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai'e"

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT.
Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT. Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan.



- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 2 November 2012

Tersembunyi Cinta Pada Tabir Usaha



Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.

"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi

Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.

Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.

Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.

Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.


Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.

Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.

Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

- Artikel iluvislam.com-

Selasa, 30 Oktober 2012

Kajian Saintifik membuktikan Shalat adalah sebaik-baik ubat..


                                      


                                           
                                            MASYAALLAH! MENGIKUT KAJIAN…

                                      ... OLAH JIWA RAGA DENGAN SHALAT ...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...

Kebelakangan ini banyak orang terpesona dengan yoga. Wanita dan lelaki eksekutif, artis, sampai dengan para ibu-ibu pun terjangkit demam yoga.

Yoga dianggap mampu memberikan ketenangan jiwa. Tapi masih perlukah melakukan yoga jika ternyata sholat memberi manfaat lebih ..?

Dalam Islam pun ada sistem yang mirip dengan teknik yoga, iaitu sholat. Sholat (yang minimum dikerjakan lima kali sehari) sangat efektif pengaruhnya pada jiwa. Dalam sholat orang menjalani rukun yang teratur dan terkomposisi secara baik.

Sholat bukan sekadar mensyaratkan kebersihan, tapi juga kesucian badan dan pakaian untuk mencapai ketenteraman fikiran dan jiwa. Dan yang paling penting, saat ucapan dan batin sedang berdzikir, ia menyambungkan dirinya dengan Allah SWT atau dengan kata lain sedang online dengan Tuhan.

MEMBERI KETENANGAN ...

Kita boleh merasakan ketika sholat dilakukan dengan khusyuk, akan mendatangkan ketenangan melebihi ketenangan yang didapat melalui yoga, meditasi, mahupun hipnotis. Ketenangan itu sendiri terbukti mampu meningkatkan ketahanan tubuh, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan meningkatkan jangka hayat seseorang.

Sebaliknya, ketika bentuk-bentuk tekanan mental seperti stress atau dipresi menyerang, tubuh akan mudah dijangkiti terhadap berbagai penyakit, infeksi, dan mempercepatkan perkembangan sel kanser.

Tekanan mental itu mengakibatkan gangguan irama sirkadian (siklus bioritmik manusia) yang berpunca kerana meningkatnya hormon kortisol. Untuk memastikan apakah seseorang sedang mengalami stress atau tidak, dapat diketahui dari ujian kandungan kortisol dalam tubuhnya.

Saat kita sholat, TERUTAMA SOLAT TAHAJJUD, irama sirkadian tubuh menjadi teratur, tubuh pun mengalami keadaan yang relaks. Kerana itu sholat pun dapat digunakan sebagai terapi pengurang stres.

MENJADI PENYEMBUH ...

Gerakan-gerakan yoga memang berkaitan dengan simpul saraf otak. Kalau otak tenang, seluruh badan akan mengikuti otak dan terjadilah keseimbangan dan kesihatan. Ambil contoh gerakan postur paschimatanasana atau serangga, memberikan stimulasi pada saraf otak yang mengurus pankreas. Gerakan ini mengirim maklumat ke pankreas tentang produksi insulin, apakah tidak mencukupi, atau terlebih untuk menciptakan keseimbangan. Pada masa yang sama, otak mengirim signal ke saraf di mulut yang menguruskan gula untuk menolak gula.

Begitu juga dengan solat. Dalam keadaan stress berpanjangan hormon kortisol akan menekan proliferasi limfosit sehingga zat kekebalan tubuh tidak terinduksi. Akibatnya daya tahan tubuh menurun dan lemah terkena jamgkitan dan kanser. Kanser, seperti diketahui, adalah pertumbuhan sel yang tidak normal.

Solat dengan ikhlas dan berterusan akan merangsang pertumbuhan sel-sel normal sehingga membebaskan pengamal sholat itu dari kanser (tumor ganas). ketika kita melaksanakan sholat, dalam tubuh berlangsung proses relaksasi otot pada bahagian tubuh tertentu, diantaranya pada bahagian kepala, leher, bahu, pergelangan tangan, jari-jari, perut, tulang belakang dan punggung, peha, pinggang, bahkan pada pergelangan dan jari-jari kaki. Proses relaksasi ini dapat mengurangkan tingkat kecemasan, insomnia, hiperaktif pada anak, dan membantu mengurangi ketagihan rokok. Sholat yang dijalankan dengan tepat, berterusan, dan ikhlas dapat menumbuhkan persepsi dan motivasi positif dalam hidup.

HARUS DENGAN TUMA’NINAH ...

Dalam yoga, setiap gerakan diatur tidak boleh dilakukan lebih dari 3 minit. Awalnya, setiap gerakan boleh dilakukan selama 20 saat. Lalu ditingkatkan seganda dari 20 saat, hingga mampu mencapai tidak lebih dari 3 minit. Mengapa begitu?

Kerana latihan dengan kelipatan waktu 20 saat yang dapat memberikan stimulus pada otak. "Kalau saya melakukan satu gerakan 15 saat, lalu 17 saat, kemudian 19 saat, maka kita hanya mendapat manfaat olahraga kerana badan kita berpeluh. Tapi manfaat dari sisi yoga tidak ada, karena tidak kelipatan 20 detik. Daripada melakukan lima kali masing-masing 15 saat, lebih baik satu kali 20 saat, otak pun menstimuli dan mulai bekerja," ujar Anand Krisgna, seorang pakar yoga.

Menurut Anand, tidak ada aturan baku tentang frekuensi melakukan yoga. Latihan boleh dilakukan seperti makan ubat, tiga atau empat kali sehari. Hanya saja ada saranan  yang sebaiknya dilakukan lebih kurang empat jam selepas makan, atau perut agak kosong, sehingga tidak timbul rasa mual. Sebaiknya yoga dilakukan 2 sampai 3 kali sehari. "Pagi, petang, dan malam. Untuk terapi yoga boleh dilakukan setiap hari," tambah Anand.

Dalam melakukan setiap gerakan sholat pun memerlukan keteraturan waktu, namanya tuma’ninah. Keteraturan gerak dan jeda waktu yang merupakan rukun sholat ini ternyata bukan tanpa maksud. Masing-masing gerakan sholat ternyata  mmberi pengaruh pada hormon tertentu dalam tubuh.

Jadi kenapa membuang waktu dengan berlatih yoga jika Anda boleh mendapatkan manfaat lebih dengan sholat? Manfaat yang boleh kita dapati dari dunia (jiwa raga sehat) hinggalah ke akhirat.

8 POSISI DALAM SHOLAT DAN MANFAATNYA ...

Syaikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin, telah mengkaji bahwa ada lapan posisi gerakan dalam sholat yang memberikan kesan positif pada kesihatan fizik dan mental seseorang. Lapan posisi serta manfaatnya tersebut adalah sebagai berikut:

1. Berdiri tegak menghadap kiblat ...

Pada posisi ini tubuh akan merasa terbebaskan dari segala beban, karena ada pembahagian beban yang sama pada kedua kaki. Selain itu, posisi belakang  yg lurus akan memperbaiki posisi tubuh, dan pandangan di fokuskan pada tempat sujud.

2. Berdiri dengan kedua tangan diletakkan di atas pusat.....
kesan posisi ini adalah memperpanjangkan konsentrasi sekaligus menyebabkan pengenduran kaki dan punggung, serta menimbulkan perasaan kerendahan hati dan kesederhanaan. Posisi ini juga menunjukkan sikap rileks atau istirahat paling sempurna. Dan yang lebih penting lagi aliran darah kembali ke jantung, produksi getah bening, dan jaringan yang terkumpul dalam kantung-kantung kedua sendi itu menjadi lebih baik sehingga mencegah timbulnya penyakit sendi.

3. Ruku’ ...

Posisi ini dapat melonggarkan otot-otot punggung bagian bawah, peha, dan betis. Selain itu melonggarkan otot-otot perut, abdomen dan ginjal, serta menambah kepribadian baik, menimbulkan kebaikan hati dan keselarasan batin. Gerakan ini dapat pula mencegah atau menyembuhkan penyakit scoliose (pembengkakan tulang belakang).

4. I’tidal ...

Pada gerakan ini darah akan naik semula ke bahagian atas tubuh. Menyebabkan tubuh ringan kembali dan terlepas dari rasa penat.

5. Sujud ...

Kesan posisi ini adalah dapat mencegah pembesaran perut di bagian tengah, menambah aliran darah ke bahagian atas tubuh, terutama pada  paru-paru. Proses ini bermanfaat untuk membersihkan racun, mengurangi tekanan darah tinggi, yang secara psikik berpengaruh menghilangkan ego dan kesombongan. Karena pada dasarnya gerakan ini menunjukkan ketundukan dan kerendahan hati.

Pada posisi ini pula semua otot akan berkontraksi, pembuluh- pembuluh darah arteri, vena akan terpicit dan terurut, sehingga peredaran darah akan lancar. Ini membantu pekerjaan jantung dan menghindarkan timbulnya arteriosclerosis (pengerutan dinding pembuluh darah).

6. Duduk antara dua sujud ...

Posisi ini dapat membantu menghilangkan racun pada hati dan merangsang gerakan peristaltik usus besar. Pada wanita, gerakan ini akan membantu pencernaan dengan mendesak turun isi perut.

7. Sujud kedua....
   Pengulangan sujud yang kedua kalinya dalam jangka waktu beberapa menit akan membersihkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf. Tubuh akan terasa ringan dan emosi menjadi stabil. Selain itu, penyebaran oksigen ke seluruh tubuh akan lebih lancar dan menyeimbangkan sistem saraf simpatik dan para simpatik.

*-Seorang pakar neurologi dari Amerika Syarikat telah memelukIslam disebabkan beberapa penemuan yang mengkagumkan dalam penyelidikannya mengenai otak manusia.Ketika melakukan kajian tentang saluran darah yang membekalkan darah kepada otak manusia,didapati beberapa saluran darah tidak dimasuki darah,sedangkan fungsi saluran darah adalah untuk dilalui darah bagi membolehkan makanan dan oksigen dibekalkan kepada bahagian otak tersebut agar ia boleh berfungsi dengan normal dan sempurna.
     Penelitian seterusnya yang dilakukan mendapati darah tidak akan memasuki saluran darah berkenaan melainkan ketika seseorang itu sujud dalam solat.Kadar aliran darah yang diperlukan hanyalah beberapa sukatan sahaja mengikut kadar yang solat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Barangsiapa yang tidak mendirikan solat,bererti otaknya tidak menerima bekalan darah yang mencukupi untuk otaknya berfungsi secara normal.Jelaslah kpd kita bahawa fitrah kejadian manusia adalah untuk menganut agama Islam dan sujud menyembah Allah..Makhluk Allah yang bernama manusia,tetapi tidak solat apatah lagi yang bukan Islam,walaupun akal mereka mereka berfungsi secara normal tetapi hakikatnya otak mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan antara yang baik dan buruk.Kadang-kadang mereka ini hilang pertimbangan untuk membuat keputusan yang normal.
8. Duduk tahiyat ...

Di saat duduk tahiyat pertama pada hakikatnya kita duduk dengan otot-otot pangkal paha. Dengan demikian tumit menekan otot-otot pangkal dan saraf pangkal peha. Picitan tersebut dapat menghindarkan atau menyembuhkan penyakit saraf pangkal peha (neuralgia).



~ o ~TAPI INGAT!SOLAT YANG DITERIMA DAN MNDTGKAN MANFAAT HANYALAH SOLAT SEPERTIMANA YANG DITUNJUKKAN OLEH RASULULLAH..SABDA RASULULLAH DI DALAM SEBUAH HADITH:”Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”

# Di rujuk dari Majalah ALIA 

Ahad, 23 September 2012

Assalamualaikum...salam ukhuwah n salam perkenalan..terima kasih kerana sudi melawat ke blog sye yang x seberapa ni..:)segan jgk la..hehehe..blog ni agak ter'pink' ye bukanlah sbb sye suke wrna pink tpi ade sejarahnye yg trsendri.. Maaf yer andai sy banyak tersyok sendiri kat blog ni..mm..mklum la sye bru je nk brjinak-jinak dgn dunia blog ni..just suke2,santai2,smbil juga mencari inf0@ ilmu brmanfaat yg blh mnmbhkn iman dan juga nak bertukar pandangan dengan sahabat2...hehe..ok ni jer dpt sy tulis untuk setakat nih..bye2..wassalam..