Cerpen


     
PERGINYA INSAN YANG DI SAYANGI TANPA DI DUGA..


Tingg! Tingg! jam berdenting sebanyak 6 kali.Ayam berkokok  menandakan hari sudah pagi.Seperti kebisaannya,kami sekeluarga bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah.mamaku pergi ke bilik abang Huzaifah untuk mengejutnya dari tidur.Selalunya abangku yang seorang ini agak liat untuk bangun apabila dikejut tetapi pagi ini entah angin apa yang datang dia bangun awal pula hari ini tanpa ada yang mengejutkannya.Apa yang menghairankan ketika mamaku masuk ke biliknya,mama melihat abang Huzaifah sedang duduk termenung seorang diri di ambang pintu bilik, sedangkan keadaan biliknya itu gelap kerana tidak dibuka lampu.”biarkanlah dia..Entah apalah yang difikirkannya”.getus hati mama..Setelah semua siap,kami pun mengerjakan solat subuh bersama.
      Pagi ini burung –burung berkicau indah sekali.Sungguh indah ciptaan Tuhan yang terdapat di alam maya ini.Seperti kebiasaannya,setiap pagi aku berjalan kaki ke sekolah yang agak bersebelahan dengan rumahku.Hari ini adalah hari Isnin dan telah menjadi rutin di sekolah untuk mengadakan perhimpunan pada setiap pagi sebelum sesi pembelajaran dimulakan.Ketika perhimpunan hampir selesai,tiba-tiba kami warga sekolahku dikejutkan dengan kedatangan emak saudaraku yang datang tegopoh-gapah dengan menaiki motosikalnya sambil memanggil cikgu.Kelihatan seperti ada sesuatu yang mencemaskan ingin diberitahunya.Beberapa orang guruku pun pergi kepadanya.Dengan separuh terketar-ketar dia pun memberitahu,”Cikgu jue acc.. accident dengan abang fatinah!abang fatinah tu melambung pastu dia tak tak bergerak dah!”saya dengan mak saya yang nampaknya depan mata..!”Sejurus mendapat berita itu sekolahku agak kalut seketika.Perhimpunan  juga dihentikan serta merta dan hampir semua guruku pergi ke tempat kejadian dengan kereta mereka.Aku hanya melihat guru-guruku itu pergi.Saat mendengar berita itu lututku seperti hendak tercabut.Aku hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan abang Huzaifah..Ketika kelas bermula,entah mengapa hatiku merasa  tidak sedap walaupun hatiku ini mengatakan abangku hanyalah kemalangan biasa dan sekurang-kurangnya hanyalah cedera sahaja.Beberapa minit kemudian aku dipanggil oleh seorang guruku ke bilik perpustakaan.Hatiku amat berdebar-debar dan rasa tidak sedap.Pada masa yang sama aku mula memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap abangku apatah lagi apabila guruku berkali-kali menyuruh aku bersabar.Akhirnya air mata aku pun berderai tanpa dapat ditahan lagi  apabila guruku itu berkata,”sedekahkan Al-Fatihah untuk abang awak” kerana dari situ aku dapat memahami bahawa abangku yang kemalangan tadi telah meninggalkan kami buat selamanya. Ya,Allah..tabahkanlah hatiku..”Hanya air mata yang dapat menggambarkan kesedihanku.Abangku pergi tanpa kami duga dan ianya adalah berita yang amat mengejutkan.
        Setelah mendapat berita bahawa abangku telah meninggal, aku,adikku dan 3 orang sepupuku dibenarkan pulang ke rumah kami.Kami berlima belajar di sekolah yang sama.Sampai di rumah,aku melihat abangku yang berkerja di Johor iaitu abang Muhammad telah berada di perkarangan rumahku.Mungkin dia baru sahaja sampai dari Johor Bharu.Dia duduk di luar rumah sambil menutup mukanya mungkin kerana menahan kesedihan yang teramat sangat.Apabila masuk ke dalam rumahku, aku mendapati suasana begitu hiba sekali.Semuanya hanya mendiamkan diri cuma kadang-kadang terdengar ibu saudaraku yang menyaksikan tragedi itu menceritakan kepada kami bagaimana dia melihat abang Huzaifah kemalangan sehingga abangku itu melambung tinggi.Kakakku Aliah dan Aisyah sedang mengemas rumah dalam keadaan berlinangan air mata.Tidak kurang juga ada yang termenung.Buntu.Ya,kerana pemergian abang Huzaifah adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran kami adik beradik. Namun itulah ketetapan dariNya yang perlu kami redha walaupun pahit.
      Sejurus mendapat berita kemalangan abangku itu,aku mendapat tahu dari mama dan abah sendiri  bahawa  mama dan abah telah berkejar ke tempat kejadian sehingga mama ku terjatuh purdahnya kerana terlalu kelam kabut.Sampai di tempat kejadian ternyata mereka mendapati abangku sudah tidak bergerak sama sekali  dan keadaan motosikalnya yang remuk teruk di bahagian hadapan.Segala peralatan sekolahnya berterabur di atas jalan raya dan topi keledarnya juga telah tercabut dari kepalanya.Kereta Myvi yang berlanggar dengannya pula telah masuk ke dalam parit.Mujur lah guruku itu selamat kerana ‘airbag’ yang ada di keretanya.Tanpa membuang masa abahku pun dengan segera mengangkat abang Huzaifah yang telah tertiarap di tepi  jalan itu dan memasukkan ke dalam kereta.Lalu,Abah pun terus memecut kereta dengan laju ke hospital kerana saat itu hanya satu yang difikirkan oleh mama dan abah yakni agar abang Huzaifah ini dapat diselamatkan dan pada masa yang sama mereka tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah kerana semua ini adalah kehendakNya.Di dalam kereta,mama memangku kepala abang Huzaifah.Jubah mama sudah dibasahi oleh darah yang keluar dari kepala abang Huzaifah yang luka.Mama cuba merasa nadinya tetapi tangan mama terlalu menggeletar sehingga tidak dapat mengesan nadinya itu.Namun mama tetap berkali-kali menyuruh abangku mengucap.”Huzaifah..mengucap nak..mengucap..”Mama cuba meyakinkan dirinya bahawa abang Huzaifah masih hidup walaupun dia sudah tidak bergerak lagi saat itu.
        Setibanya di hospital Batu Pahat,abang Huzaifah telah dikejarkan ke bilik kecemasan.Mujurlah di hospital itu terdapat ramai sahabat abahku.Maka,pengurusan abag Huzaifah juga tidakmengambil masa yang lama.Tidak lama kemudian keluarlah doktor yang memeriksa abang Huzaifah.Mama dan abah pun diberitahu bahawa dari hasil pemeriksaan abang Huzaifah telah meninnggal dunia kerana hatinya telah pecah disebabkan hentakan yang terlalu kuat di bahagian    dadanya.”Innalillahiwainnailaihiraji’un..”Ternyata Allah lebih menyanyangi abang Huzaifah.Menangislah mama tanpa dapat ditahan lagi air mata yang keluar itu.Tiada ibu yang tidak sedih apabila mendapat tahu anak yang telah dikandung,dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang telah tiada apatah lagi dalam keadaan yang mengejut seperti ini.Abah pula cuba menahan air mata.Cuba untuk kuat dan sabar menerima berita yang pahit ini.Tetapi,dalam perjalanan pulang ke rumah ternyata abah sudah tidak mampu lagi menahan kesedihannya dan abah pun menangis teresak-esak sehingga kereta yang dipandu abah agak terhuyung-hayang.
        Setibanya mama dan abah di rumah,kami sekeluarga pun mula membuat persiapan untuk pengurusan jenazah abang Huzaifah.Pada awalnya,pihak hospital ingin ingin menguruskan jenazah abang Huzaifah kerana bimbang kembali terjadi pendarahan di kepalanya yang telah dijahit.Tetapi,abahku berkeras untuk menguruskan jenazah anaknya ini sendiri di rumah.Rumah kami juga sudah sesak dipenuhi sanak saudara,jiran tetangga dan juga guru-guru sekolahku yang turut hadir untuk mengucapkan takziah kepada kami sekeluarga serta melihat Allahyarham abang Huzaifah buat kali yang terakhir.
        Beberapa minit kemudian van yang membawa  Allahyarham  abang Huzaifah dari hospital pun tiba.Jenazah abang Huzaifah diletakkan perlahan-lahan di atas tilam.. Abah membuka kain yang menutupinya supaya kami sekeluarga dapat melihat wajahnya.Serta merta hatiku menjadi sangat  sangat sebak tetapi aku bersyukur kerana wajahnya begitu elok dan tenang sekali,cuma ada sedikit kesan jahitan dan calar-calar serta ada beberapa bahagian tubuhnya yang patah.Saat ini aku terbayang abangku ini yang suka mengejek dan bergurau denganku.Aku juga begitu sehingga mama pernah mengatakan aku dan abang Huzaifah seperti anjing dengan kucing.Walaubagaimanapun, hal itulah yang membuatkan aku rasa rapat denganya.Tambahan lagi dia adalah seorang abang yang ‘sporting’ dan ‘cool’.Tetapi kini abang Huzaifah tiada lagi dan sudah tentu aku akan sentiasa merindukan saat-saat itu. ”Ya Allah adik aku”,tangis Kak long sambil mendakap adiknya itu.Seluruh keluarga menangis. Suasana begitu hiba sekali.Saat itu aku duduk diatas kepalanya dan aku cuba memegang ranbutnya.Ada sesuatu perasaan yang tidak dapat kuungkapkan saat melihat sekujur tubuh abangku yang tidak bernyawa itu”Ya Allah..Abang Huzaifahkah yang berada dihadapanku ini..bukankah pagi tadi kami baru solat subuh bersama?..secepat ini Engkau mengambil abangku Ya Allah..,” rintihku didalam hati. Air mataku mengalir lagi.Aku seperti tidak percaya bahawa adik beradikku juga manusia biasa yang boleh diambil Allah bila-bila masa sahaja.Aku melihat kak longku begitu sedih.Melihatnya begitu membuatkan aku juga bertambah sedih.Aku amat maklum bahawa hubungan kak long dengan adik-adiknya sangatlah rapat dan dia adalah seorang kakak sulung yang begitu penyayang dan mengambil berat terhadap adik-adiknya.Pada masa yang sama dua orang adik beradikku tidak sempat melihat jenazah abang Huzaifah buat kali yang terakhir ini iaitu abang Hamzah yang belajar di Kedah dan kakakku Fatimah yang sedang belajar di Terengganu.Disebabkan tempat belajar mereka yang jauh itulah telah menjadikan sebab Allah tidah mengizinkan mereka melihat adik mereka ini buat kali yang terakhir.Walaupun mereka tetap pulang setelah mendapat berita ini dan mereka juga telah menelefon abah berkali-kali supaya jangan kebumikan jenazah selagi mereka belum sampai.Tetapi,abahku ini tetap ingin menyegerakan pengebumian dengan alasan nabi melarang menangguh-nannguhkan urusan pengebumian.Abah sememangnya seorang yang tegas dalam mengikut sunnah rasul dalam apa jua keadaan.Sesungguhnya kehilangan orang yang disayangi apatah lagi keluarga sendiri adalah amat berat untuk diterima walaupun kami tetap redha dengan pemergiannya.Inilah qada’ qadar Allah yang harus kami tempuhi dengan sabar.
      Tibalah masanya jenazah abang dimandikan.Abang ku yang lain turut membantu memandikan jenazah Abang Huzaifah sehinggalah jenazah siap dikafankan.Takbir Allahuakbar bergema sebanyak empat kali.Aku tidak ketinggalan untuk menyembahyangkan abang yang sangat kusayangi ini.Meminta agar Allah mengampunkan dosa-dosa abangku ini dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.Selepas sembahyang jenazah, Allahyarham yang telah siap dikafankan diletakkan diatas tilam. Waktunya telah tiba untuk kami mengucapkan selamat tinggal kepada abang Huzaifah dan menatap wajahnya buat kali terakhir. Seluruh keluarga dan saudara mara melakukannya.Kali ini aku sudah kering air mata walaupun aku sangat sedih kerana aku tahu selepas ini dia akan dibawa ke tanah pengebumian dan aku tidak boleh lagi meelihatnya.Ku tatap wajah abang Huzaifah sepuasnya dan mengucupnya . Ku rasa wajahnya begitu dingin sekali.”Selamat tinggal abang Huzaifah”bisikku.     
        Seluruh keluarga mengiringi jenazah abang Huzaifah ke pusara. Tanah perkuburan hanya terletak bersebelahan dengan tanah kediaman keluargaku. Dengan cuaca  yang agak panas jenazah abangku telah selamat di kebumikan pada pukul 2.15 petang. Hanya doa dan air mata mengiringi pemergian Abang Huzaifah.Telah perginya seorang hero,anak lelaki, abang,adik dan pakcik yang amat disayangi keluarga.Tidak lama setelah pengebumian dilakukan hujan pun turun renyai-renyai seperti turut menangisi  pemergian insan yang kami sayangi ini.
      Bersemadilah dengan aman abangku.Semoga rohmu berbahagia disana. Aku berdoa semoga aku akan bertemu abang Huzaifah di syurga nanti. Dia akan selamanya menjadi abangku disana. InsyaAllah..          
*Huzaifah Raden Anwar berumur 20 tahun(2009) telah meninngal dunia pada hari Isnin,13 April 2009 Masihi,jam 7:30 pagi..                      
Punca kematian:Kemalangan jalan raya(accident dengan kereta myvi)
PENGAJARAN:
-INGATLAH KEMATIAN BOLEH MENJEMPUT KITA BILA-BILA MASA SAHAJA WALAUPUN DALAM USIA MUDA ,SIHAT WAL’AFIAT DAN TANPA DIDUGA..OLEH ITU PERBANYAKKAN AMALAN DAN KURANGKANLAH ANGAN2 TERHADAP DUNIA YANG SEMENTARA INI KERANA LAST2 SEMUA AKAN KE KUBUR DENGAN MEMBAWA AMALAN SAHAJA..JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI!
-REDHALAH DENGAN SETIAP QADA’ DAN QADAR ALLAH SAMAADA IANYA BAIK @ BURUK KERANA SETIAP YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAHYA YANG PERLU KITA FIK

~BY missespr0f~




Keadaan motor abang Huzaifah yang hancur disebabkan kemalangan yang telah meragut nyawanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan