Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, adakalanya pada satu saat kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, seharusnya tidak boleh merasai demikian kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan.
Sifat berputus asa wajar dijauhkan terutama ke atas dai'e
atau pendakwah itu sendiri agar amanah menarik minat manusia ke jalan tuhan
sentiasa teguh.
Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka
disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi
sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan "amal makruf, nahi
mungkar" bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu
dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.
Ingatlah, buka natijah yang Allah tanyakan, tetapi Allah
akan tanya adakah kita laksanakan atau tinggalkan. Justeru, sebagai seorang
dai'ie perlulah mengatur beberapa strategi dalam dakwah kerana dakwah itu
sendiri penuh dengan cabaran yang tersedia.
Bukankah matlamat dakwah itu mengajak dan menyeru manusia
agar mengesakan Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah? Maka, sudah pastilah ada yang
menentang, buat tidak endah dan tidak kurang juga ada yang cuba mensabotaj.
Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi
Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi
bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari
Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa
disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah
manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping
pengabdian kepada Allah SWT.
Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau
dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi
pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh
kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia
bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.
Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula secara sembunyi,
tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi
berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam
usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.
Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang
berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu
tinggi, untuk pendaie' tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap,
memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah
perlu tujui.
Dakwah Itu Seni
Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah.
Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya
tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya
bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.
Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman,
ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya
menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan
semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.
Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan
skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya
dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain
tertarik dengan islam.
Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah
yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu
benar-benar indah dan suci.
Da'ie Itu 'Penyeri'
Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di
anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai'e.
Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia
akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah di bawah panji "La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah". Oleh
itu,
seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan
sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.
Tanpa da'ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai'e itu
umpama 'penyeri' di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak
ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea
pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.
Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah
tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh
kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia
mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.
Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub
(cara) dakwah yang betul, dan waqi' (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan
masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam,
ataupun yang mahu mencari kebenaran islam
memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat
yang tidak sepatutnya.
Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad'u iaitu orang yang di
dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza. Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan
reaksi yang akan diterima oleh seorang da'ie. Telah berkata Al Marhum Hasan
Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, "kita adalah pendakwah bukan
penghukum!"
Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle
itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam
berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan
menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.
Siapa Pendakwah?
Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak
layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan
melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama.
Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka
yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.
Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi
.jpg)
Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu
adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini
Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru
meninggalkan larangan Allah SWT.
Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan
usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai
diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT.
Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan
mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya
berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan.
- Artikel iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan